Ringkas :
Dua Ahli Parlimen dari DAP (Segambut dan Puchong) telah diarahkan keluar dewan oleh Speaker. Sementara itu Ahli Parlimen Sepang dan Gelang Patah berhujah dengan hebatnya di Parlimen hari ini.
Cuma,
Ahli Parlimen Marang, Temerloh, Pasir Mas dan yang lainnya dari PAS selain dari Kuala Krai nampaknya mengambil sikap berdiam diri. Adakah mereka tersilap lokasi kerusi Parlimen dimana mereka sepatutnya duduk bersama dengan grup Tanjong Karang.
Kasihan sungguh lah. Panas sungguh sidang hari ini bilamana Speaker nampaknya terpaksa menggunakan peraturan dewan untuk menyelamatkan keadaan.
PERINGATAN :
Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.
Monday, 19 October 2015
Usul Undi Tidak Percaya
Satu persoalan yang bermain diminda kami di 4th Force ialah siapakah yang akan menyokong usul undi tidak percaya yang katanya akan dibentangkan di dalam sidang Parlimen pada sesi kali ini yang bermula pada hari ini.
Adakah Ahli Parlimen yang akan menyokong usul undi tidak percaya ini datangnya dari blok Pakatan Harapan sepenuhnya dan ditambah dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional atau ianya juga akan dibantu oleh Ahli Parlimen PAS?
Atau mungkin Ahli Parlimen PAS akan menentang usul undi tidak percaya ini selaras dengan ketetapan yang dinyatakan oleh Presiden PAS tempohari dalam satu wawancara. Jika ini berlaku adakah kita sebagai rakyat (pengundi) dapat menilai undian ini dengan pemikiran yang waras tanpa emosi dan taksub.
Kami di 4th Force amat menyokong usul undi tidak percaya ini yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Pekan selaku Perdana Menteri Malaysia dengan menganjurkan satu perlaksanaan "Caretaker Government" dibuat dalam masa peralihan dengan diketuai oleh YDP Agong dengan nasihat dan pemantauan dari Majlis Raja-Raja Melayu.

Sunday, 18 October 2015
Kemelut YIK Menonjolkan Sisi Sebenar Pentadbiran PAS
Ramai sedia maklum bahawa Husam Musa ada membuat beberapa teguran berkenaan isu ketidakkemampuan Yayasan Islam Kelantan (YIK) menyelesaikan beberapa tunggakan kepada beberapa agensi persekutuan dan bank akibat dari masalah kewangan yang meruncing.
Tidak dapat tidak masalah yang membelenggu YIK ini sebenarnya mencerminkan bagaimana PAS selaku Parti yang menunjangi Kerajaan Negeri Kelantan menguruskan dan mentadbir negeri. Pentadbiran dan pengurusan kewangan yang cacamarba telah membusukkan nama baik PAS itu sendiri. Kita faham mungkin ada yang tidak cekap dalam pentadbiran tetapi dengan mengekalkan kakitangan yang tidak cekap ini semata-mata kerana mereka adalah ahli parti adalah tidak rasional.
Jika sekiranya pimpinan yang gagal dalam mentadbir dan mengurus dibiarkan kekal dijawatan itu atas alasan mereka adalah pimpinan parti, ianya secara tidak langsung mencerminkan sikap pilih bulu dalam pentadbiran. Ini bukanlah gaya kepimpinan yang harus ditonjolkan oleh pihak yang membawa slogan "Membangun Bersama Islam".
Apa pun pandangan masyarakat umum nampaknya sudah tidak menyebelahi PAS dewasa ini atas beberapa kepincangan yang berlaku. 5 penggal pemerintahan adalah satu jangkamasa yang cukup lama dan sepatutnya semua permasalahan pentadbiran sudah dapat diselesaikan. Rakyat berhak untuk mendapat pentadbir yang lebih efisien dan cekap.

Friday, 16 October 2015
Apakah Ada Sinar Harapan Buat PAS?
Menjelang Perhimpunan Fastaqim 60K yang dijadualkan pada esok hari, satu persoalan yang timbul adalah apakah ada sinar harapan buat PAS menjelang PRU14? Walaupun ada pimpinan PAS yang beranggapan PAS tidak memerlukan kemenangan pada PRU14 melainkan hanya redha Allah Taala semata-mata, namun majoriti penyokong dan pengundi yang pro PAS sememangnya mengharapkan adanya kemenangan pada mana-mana kerusi DUN atau Parlimen yang ditandingi oleh PAS.
Bertitik tolak dari apa yang berlaku dewasa ini didalam PAS itu sendiri, apa yang kita nampak semacam ada berlaku perpecahan dalaman secara diam didalam PAS walaupun pihak yang tidak berpuashati dengan kepimpinan Hadi Awang telah pun keluar meninggalkan PAS. Percaya atau tidak walaupun ada pimpinan utama dalam PAS yang beranggapan kemenangan dalam Pilihanraya itu tidak penting namun jauh disudut hati mereka ini sebenarnya amat mengharapkan kemenangan.
Elaun dan jawatan sememangnya menjadi misi utama pimpinan ini walaupun dimulut mereka berbuih mengatakan bahawa mereka tidak mengharapkan kemenangan. Apa pun tindakan dan reaksi mereka, ianya adalah hak mereka.
Yang pasti dalam keadaan sekarang ini, rata-rata rakyat Malaysia dan para pengundi yang berada diatas pagar (sekitar 70%) berkemungkinan tidak akan mengundi PAS pada PRU14 atas sebab-sebab yang semua sedia maklum. Tindakan PAS bekerjasama dengan PERKASA juga telah menyebabkan sokongan dari kaum lain menurun walaupun PAS mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari berbilang bangsa.
PAS dilihat telah memencilkan diri mereka dari arus perdana dengan berkerjasama dengan PERKASA dan secara tidak langsung memperlihatkan PAS kini sudah menjadi satu parti politik yang rasis. Percaturan yang PAS buat sememangnya memberikan masalah kepada mereka dalam jangkamasa panjang.
Semoga PAS istiqamah menuju kemenangan.

Thursday, 15 October 2015
Pakatan Harapan. PAS diberi tempoh sehingga hujung tahun 2015!
Walaupun berita ini terlewat,mungkin masih relevan.
Dari geng 25 azmin yg sain petisyen utk menyingkir rafizi dr SU pkr dan melanggar azizah, hsnya 4 org shj yg hadir pd meeting khas mpp pd 11.10.15 hari itu.
Itu yg menyebabkan pkr memberi tempoh sehingga hujung tahun ini kpd pas utk bersama dgn PH atau tidak.Pas di sgor kena buat keputusan.
Pas pusat telah kata menolak utk bersama amanah dan dap.Beberapa yb pas sgor menunggu hingga hujung tahun. Jika pas sgor mengikut pas pusat, beberapa yb ini akan meloncat.

Tuesday, 13 October 2015
Selangor ada share lebuhraya tol!
Ni UMNO!
Sebelum menang! |
Bila dah menang! |
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa kerajaan Selangor memegang saham beberapa konsesi lebuhraya ini melalui syarikat2 milik kerajaan negeri Selangor .
1 ) Kajang - KL (Grand Saga) - Kerajaan Pusat mengurangkan 50% drpd toll...terpulang kpd Pemegang Saham (Taliworks i.e KDEB/KPS/MB Slgr Inc i.e kroni PR) utama utk menghapuskan terus.
2 ) KESAS Highway - PKNS (kroni PR) adalah diantara Pemegang Saham...belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.
3 ) SPRINT Highway - KPS (kroni PR) adalah diantara Pemegang Saham...sama spt KESAS belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.
Info tambahan:
Fakta mengenai Lebuhraya Toll yg perlu diketahui…..
1 ) Eastern Dispersal Link – Toll di hapuskan 100% – Pemegang Saham utama MRCB (KWSP pemegang saham utama)2 ) New Pantai Expressway – Toll Kpg Medan dihapuskan – Pemegang Saham utama IJM3 ) Kajang – KL (Grand Saga) – Kerajaan Pusat mengurangkan 50% drpd toll…terpulang kpd Pemegang Saham (Taliworks i.e KDEB/KPS/MB Slgr Inc ) utama utk menghapuskan terus.4 ) KESAS Highway – PKNS (PR) adalah diantara Pemegang Saham…belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.5 ) SPRINT Highway – KPS (PR) adalah diantara Pemegang Saham…sama spt KESAS belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.6) GCE Highway – pada asalnya di miliki oleh Guthrie semasa Khalid CEO semasa Umno….terpaksa di ambil alih oleh Prolintas (PNB) kerana masaalah aliran traffic yg tak mencukupi.7) Mana2 Toll Highway yg PLUS Pemegang Saham utama (NS, ELITE, NKVE, Seremban-PD, Kulim Butterworth)8 ) Begitu juga Toll Highway dibawah Prolintas (AKLEH, GCE, SKVE, LKSA)9) LDP pemilik konsesi LITRAK- P/S: Kenapa Azmin tak berbunyi langsung?
Monday, 12 October 2015
Kemungkinan Azmin tersungkur PRU14 cerah!
Pengundi
cina dah berbunyi.
Mereka
yg bersekongkol dgn PAS akan diboikot dalam PRU14.
Dalam
PKR,
Azmin
dilihat masih bersekongkol dgn PAS.
Jom
kira.
P98
GOMBAK
Jumlah
Pengundi: 99,153
Peratusan
Kaum: M:75.96% C:13.45% I:9.88% L:0.71%
1.
Mohamed Azmin Ali (PKR) (40,334)
2. Said
Anuar Said Ahmad (BN) (33,467)
Majoriti:
6,867
Jumlah
undi: 74,621
Peratus
mengundi: 75.26%
Undi
rosak: 820
P98
Gombak. Azmin. Majoriti 6.9%. cina 13.45%. Selamat atau tidak?
N19
BUKIT ANTARABANGSA
Jumlah
Pengundi: 30,687
Peratusan
Kaum: M:57.4% C:37.0% I:4.8% L:0.8%
1.
Mohamed Azmin Ali (PKR) (11,731)
2.
Haslinda Mohd. Zerain (BN) (10,350)
Majoriti:
1,381
Bukit
Antarabangsa. majoriti 4.5%. cina 37%. Selamat atau tidak?
Sunday, 11 October 2015
Realiti Dalam Berpolitik
Kami di 4th Force memandang penting perkara berkaitan realiti didalam berpolitik. Ini adalah sesuatu yang pasti. Untuk menjadi sebuah kuasa politik yang dominan lagi kuat, semua para pemain politik yang terlibat perlulah melihat sesuatu perkara secara realistik dan dari sudut pandang yang berbeza,
Pada era ini, seseorang ahli politik bertaraf pemimpin tidak boleh melihat dan berperasangka bahawa merekalah yang lebih tahu berbanding orang lain (ahli bawahan). Malah setiap orang ada peranan mereka sendiri dalam menjadikan percaturan politik lebih terancang dan teratur serta berdaya maju.
Teknik-teknik lama seperti membuat ceramah dan rapat umum walaupun masih relevan pada masa ini namun ianya tidak memberikan momentum yang cukup baik sehingga boleh merubah apa yang akan berlaku diatas kertas undi. Satu masa dahulu ianya memang menjadi satu pemangkin bilamana ceramah dan rapat umum mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dan akhirnya ianya diterjemahkan diatas kertas undi.
Namun kini ianya tidak lagi selalunya menjadi seperti itu. Kita dapat lihat bahawa mereka-mereka yang hadir didalam mana-mana siri ceramah atau rapat umum itu biasanya adalah orang yang sama walau dimana pun dibuat siri ceramah atau rapat umum tersebut. Ini sebenarnya adalah satu masalah kerana pimpinan biasanya tidak akan kenal siapa yang hadir dalam sesi ceramah atau rapat umum. Pimpinan hanya mengandaikan semua yang hadir pada sesi ceramah atau rapat umum itu besar kemungkinan akan memberikan sokongan kepada mereka dalam pilihanraya.
Penterjemahan ramainya orang yang hadir dalam satu-satu ceramah atau rapat umum sudah menjadi agak terkeliru dan ianya memberikan satu gambaran yang salah.
Pemain politik masa kini perlulah mencari idea lain yang lebih mendekatkan politik mereka dengan rakyat selaku penyokong dan pengundi. Kerja-kerja turun padang bersama dengan rakyat untuk menyelami denyut nadi masyarakat marhaen perlulah lebih kerap dibuat. Pada masa yang sama suara rakyat akar umbi perlu didengari dan diangkat menjadi satu agenda yang utama bagi para pemain politik ini.
Politik yang matang tanpa label melabel, tanpa maki hamun, tanpa tuduh menuduh dan tanpa menggunakan siku dan lutut amatlah dialu-alukan. Jangan sampai rakyat memandang pemain politik seumpama binatang buas yang tidak berakal dan tidak berakhlak. Rakyat marhaen kini sudah matang maka sepatutnya pemain politik juga ikut matang.
Sekian buat masa ini dari kami di 4th Force.

Bersediakah UMNO Untuk Ambil Alih Selangor?
Kami di 4th Force dapat maklumat ini.
Pengundi Cina rata-rata dah mula bagi amaran.
Jika PKR berkeras juga untuk bersama PAS, orang Cina tidak akan beri undi dah. Semua Parlimen dan DUN di Selangor yang PR/PH menang adalah disebabkan oleh bantuan dari pengundi Cina yang agak tinggi. PAS nampaknya tetap tak bagi undi pada kita.
Saya ramalkan, jika PKR kekal bersama PAS, banyak Parlimen dan DUN yang menang sedia ada akan kalah. Nak tambah menang atau nak yang menang pada PRU13 kalah pula pada PRU14.
Nak data bukti, bila-bila masa pun saya boleh bagi. Bukan ada sedikit bukti dan data tapi ada berlambak. Terutamanya dalam kawasan bandar dan semi bandar.
Average ahli PAS, 5% dari Melayu. Kekuatan PAS dah tinggal 1/3 sahaja. Ada 2/3 dah lompat ke AMANAH. Kalau PKR bersama PAS pun, mereka takkan bagi undi pada PKR.
Tambah kemenangan tak mungkin tanpa sokongan pengundi cina.
Jika PKR terus bersama PAS, Saya ramalkan UMNO Selangor akan dapat 12 + 14 DUN PKR + 15 DUN PAS = 41 DUN!
Jadi bersediakah UMNO untuk ambil alih Selangor?

Saturday, 10 October 2015
Jangan Pandang Remeh
Kami di 4th Force menasihatkan semua pihak termasuk kami sendiri supaya tidak memandang remeh akan gerak kerja kumpulan Blogger dan Facebooker BN dibawah pimpinan Johari Ishak yang telah bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia (Najib Razak) semalam.
Ini kerana kami tahu dengan segala macam sumber yang ada dan disediakan kepada mereka, sudah pastinya mereka akan membuat serangan besar-besaran bagi menangkis dan memberikan persepsi baru terhadap isu-isu berkaitan dengan TPPA dan 1MDB. Ini terbukti apabila hari ini semua ahli cybertrooper yang terlibat telah bertungkus lumus mengemaskinikan status sama ada di Facebook mahupun di Blog.
Jadi kepada Pakatan Harapan dan semua yang lain, anda sepatutnya bersedia dengan segala fakta yang tepat lagi terkini kerana jika tidak maka sudah pastilah anda akan diketawakan dan dianggap sebagai picisan dalam peperangan siber ini.
4th Force sebagai satu media yang menyalurkan maklumat dan sumber informatif sahih lagi tepat tetap akan memantau keadaan peperangan siber ini demi untuk kepentingan warganegara Malaysia bertepatan dengan moto kami iaitu "Selamatkan Malaysia @ Save Malaysia"

Creative Chaos
'Assalamualaikum dan Salam sejahtera',
Saya amat kecewa melihat bilamana orang yang cerdik-cerdik dalam parti-parti pembangkang tidak menunjukkan kecerdikan dan kewarasan mereka bila berhadapan dengan soal survival parti bersama yang akan berhadapan dengan musuh mereka ia itu BN.
Musuh berjaya melakukan 'Creative Chaos' (Kacau bilau yang kreatif) terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Saya pinjam istillah creative chaos ini dari seorang Ustaz dalam ceramahnya baru-baru ini.
Beliau memberi contoh kuasa2 barat mewujudkan creative chaos di negara2 Timur Tengah supaya negara-negara di Timur Tengah sentiasa berselisih faham dan tidak bersatu padu.
Inilah yang berlaku di dalam PR. (PR yang lama dan PH yang baru). Kita diajak berselisih faham dan berpecah belah sehingga kita menganggap sesama kita musuh.
Walhal kita semua faham BN seolah-olah sudah sampai ke hujung tempoh, tidak berupaya, lemah, dipenuhi pelbagai krisis dan lain-lain dan berkemunkinan akan kalah didalam pilihan raya yang akan datang.
Sepatutnya semua pemimpin dalam PR/PH boleh melihat dengan jelas bahawa untuk PR/PH mengambil tampok pimpinan negara sudah sangat hampir. Mengapakah peluang keemasan ini seolah2 dipersia-siakan?
BN sudah banyak melakukan kerosakan demi kerosakan dalam pelbagai bidang di negara ini. Tak payahlah saya ulangi satu persatu semua kerosakan itu kerana semua itu ada di dalam fikiran kita.
Mengapa kita biarkan diri kita di perkotak katikkan oleh mereka. Sekarang ini kawan kita ingat lawan, lawan kita ingat kawan. Apa sudah jadi pada diri kita? Di manakah kewarasan kita? Apakah kita mahu berterusan menjadi parti pembangkang di Dewan Rakyat sampai bila-bila?
Rakyat jadi pening dan bingung melihat telatah kita yang kadang kala berperangai seperti kanak-kanak, kurang matang dan sangat emosional.
Musuh sangat bijak menggunakan isu yang dengan cepat memecah belah kita. Tak ubah seperti di negara-negara Timur Tengah, musuh cipta Grand Design 'Creative Chaos' yang menyebabkan berlaku pergeseran dan persengketaan sesama negara-negara Arab.
Allah swt memberi kita akal yang waras membetulkan dimana yang silap, bermaaf-maafan, balik ke pangkal jalan, berlapang dada dan sebagainya.
Saya menyertai parti pembangkang kerana saya melihat kita ada ramai pemimpin-pemimpin lelaki dan wanita yang jauh lebih baik dari yang ada di BN pada waktu ini.
Kita harus sanggup membetulkan semua kepincangan yang ada sekarang.
Saya merayu kepada semua pihak di dalam PR/PH supaya mengenang kembali hasrat dan cita-cita murni yang kita buat pada suatu ketika dahulu. Kita telah berjanji untuk memulihkan semula keadaan kepincangan besar yang di hadapi negara.
Semoga rayuan saya ini mendapat tempat di hati tuan-tuan dan puan-puan.
Terima kasih.
Yang ikhlas,
Tan Sri Muhammad Muhammad Taib
9 Oct 2015.

Friday, 9 October 2015
Siapa Jumpa Najib Razak Di JPM Hari Ini?
Kami di 4th Force ada mendapat maklumat bahawa PM ada buat pertemuan khas sambil minum petang di Jabatan Perdana Menteri (PMO) hari ini.
Agak-agak apakah perbincangan yang dibuat? Adakah ianya melibatkan "Art Of Diversion" untuk isu TPPA atau 1MDB? Siapa yang Najib Razak jumpa? Berapa ramai yang PM jumpa? Apakah agendanya? Mari kita siasat bersama.

Nik Amar sangka pantai barat macam Kelantan?
Tidakkah Nik Amar tahu? Di pantai barat DUN2 melayu atas 75% PAS tak menang?
Aku kopipes supaya lebih jelas;
PASIR MAS: Adakah DAP merasakan parti itu selamat di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang sehingga mendakwa tiada sebab rakyat Kelantan memberi kepercayaan kepada PAS?
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kenyataan pemimpin DAP terbabit memperlihat betapa sombong dan angkuhnya mereka.
Katanya, pemimpin parti itu langsung tidak menghormati orang lain sehingga berterusan mencampuri urusan parti lain.
“Sepatutnya DAP menjaga kerajaan Pulau Pinang sebaik mungkin daripada sibuk urusan kerajaan Kelantan,” katanya sebagai mengulas kenyataan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Pemimpin DAP ketika berucap pada majlis Makan Malam anjuran Parti Amanah Rakyat semalam mendakwa tiada sebab rakyat Kelantan menaruh kepercayaan kepada PAS bagi menerajui kerajaan negeri itu lagi.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata DAP patut melihat kemungkinan sokongan orang Melayu terhadap parti itu di Pulau Pinang juga terjejas.
Beliau ditemui pemberita hari ini selepas melawat Pondok Gelang Mas yang terbakar kelmarin.
Pada lawatan itu beliau juga menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar pondok yang terbabit dengan kebakaran.
Hadir sama Adun Tendong, Rozi Muhammad, Ketua Jajahan Tanah Merah, Dr Che Hamad Che Muda dan Mudir pondok berkenaan Tuan Guru Awang Yusof.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perhatikan tulisan yang di warna merah. Adakah Nik Amar menyangka PAS mendapat sokongan melayu tidak DAP?
Perhatikan data di bawah. Populasi kaum di DUN2 yang dimenangi PAS di Perak (Data Penang penulis tiada)
Hanya DUN Semanggol satu2nya melayu melebihi 75% dimenangi PAS (Semanggol adalah tempat bermulanya PAS)
Kenapa DUN2 lain melayu melebihi 75% tidak dimenangi PAS?
Melayu di pantai barat tak sokong PAS la Nik Amar!
Thursday, 8 October 2015
Apa Yang Berlaku Dalam Kompleks Perkayuan Kelantan?
Kami di 4th Force mendapat maklumat sebegini. Malah ianya juga diviralkan oleh ramai warga Facebook, Whatsapp, Telegram dan Blog.
Oleh yang demikian, kami ingin mendapat maklum balas daripada pihak-pihak yang berkaitan berkenaan dengan perkara ini. Harap semuanya dapat memberikan kerjasama.
** Rasuah tidak mengenal parti atau fikrah politik **
Mohon YB Zulkifli Mamat @ sesiapa yg ada kaitan tolong jawab kesemua persoalan tersebut demi maruah sebuah Kerajaan Islam :
(i) Bayaran sebanyak RM 1 juta kepada Datuk Zahri melalui chek PBB 395721 bertarikh 15.08.12
(ii) Toyota Fortuna D 110 yang berjumlah sebanyak RM 207.750.76.
(iii) Perbelanjaan perjalanan Luar Negara untuk YB Zul yang berjumlah sebanyak RM 50,000.00.
(iv) Pembayaran RM 150.000.001 Datuk Zahri melalui chek PBB 396743
(v) Pembelian 10 lembu untuk Hari Raya Haji 2012 yang berjumlah sebanyak RM 32,000.00.
(vi) Membekalkan PVC vinyl jubin & kod yang berjumlah sebanyak RM 34,544.80 bertarikh 28.12.12.
(vii) Dibayar RM 60.000.00 yuran undang-undang untuk peguam anda. Encik Halim Ashgar [yang telah diarahkan oleh Pengerusi Komplek Perkayuan Kelantan (KPK) YB Zulkifli Bin Mamat]
(viii) Sesetengah perbelanjaan poket dan lain-lain.
SUMBER : FB Che Ibrahim Mohamed

BERSAMA PERANGI RASUAH / TUMBUK RUSUK / POLITIK WANG /
Wednesday, 7 October 2015
Ling Liong Sik Disaman Tetapi Tidak Mahathir Mohamed
Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua,
Anda semua pastinya pernah membaca hasil penulisan saya sebelum ini yang bertajuk "Rahsia Serangan Mahathir Mohamed Terbongkar". Bagi yang belum berpeluang membacanya, anda boleh merujuk kembali di SINI.
Saya tahu ada ramai pembaca yang menyangkal maklumat yang saya dedahkan ini. Betul jika kita melihat sesuatu perkara hanya dari sudut luaran sahaja. Itulah yang sebenarnya para pelaku ini mahukan. Mereka mahukan kita semua dapat satu sudut gambaran sahaja seperti mana yang mereka kehendaki.
Tapi tidak dengan saya. Saya melihat sesuatu isu itu dari sudut pandang yang berbagai-bagai. Saya juga mendapat maklumat bukan hanya dari emel atau panggilan telefon, tapi dari pelbagai sumber yang saya tidak boleh nyatakan disini bagi menjamin keselamatan semua sumber saya.
Jadi jika kita merujuk kepada kes saman yang telah dibuat oleh Najib Razak kepada Ling Liong Sik melalui Messr Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, pastinya kita akan dapat melihat polanya. Persoalan yang perlu ditanya pada masa ini adalah kenapa Ling Liong Sik disaman tetapi tidak Mahathir Mohamed.
Walhal cukup banyak serangan, kritikan dan komentar dari Mahathir Mohamed yang telah dilontarkan berkaitan dengan isu yang sama. Malah Mahathir Mohamed telah beberapa kali mencadangkan dan meminta supaya Najib Razak meletakkan jawatan dan berundur dari kerusi Perdana Menteri. Kenapa Mahathir Mohamed tidak disaman oleh Najib Razak?
Anda lihat dan kaji perkara ini dan pastinya anda akan dapat jawatan yang akhirnya merujuk juga kepada artikel saya sebelum ini yang bertajuk "Rahsia Serangan Mahathir Mohamed Terbongkar".
Meor Yeop Meor Muhammad
4th Force
http://forthforce.blogspot.com

Tuesday, 6 October 2015
Luahan Rakyat Berkenaan TPPA (1)
Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.
Nampaknya luahan rakyat berkenaan TPPA ada rasionalnya. Dipaparkan dibawah ini hanya satu daripada luahan tersebut. Adalah diharapkan pihak yang berkenaan agar dapat mengatasi masalah ini sebelum TPPA dilaksanakan.

#ViralBroadcast
TPPA, Jangan Jadi Pengkhianat !!!
Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.
Jika anda berurusan jual tanah (sebagai contoh) dimana ianya melibatkan tanah yang dikongsi bersama adik beradik anda, adakah anda akan menandatangani perjanjian penjualan dengan pembeli tanpa berbincang dahulu dengan adik beradik anda? Adakah anda akan hanya berbincang setelah perjanjian ditandatangani? Apa perasaan adik beradik anda jika penjualan tanah tersebut sebenarnya tidak menguntungkan mereke? Tidakkah mereka akan mempertikaikan penjualan tersebut? Adakah perjanjian yang telah ditandatangani itu boleh dibatalkan tanpa anda pelu memberikan pampasan kepada pembeli?
Jika anda rasa tindakan anda menandatangani perjanjian penjualan itu terlebih dahulu sebelum berunding dengan adik beradik anda adalah satu tindakan yang betul, maka nampaknya anda seorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak paham proses undang-undang. Kalau mengikut undang-undang rimba, anda sudah pastinya dibunuh atau disumpit.
Inilah juga yang berlaku dalam kes TPPA apabila Mustapha Mohamed mengatakan bahawa perjanjian yang telah ditandatangani di Atlanta pada 5 October 2015 belum muktamad kerana ianya akan dibawa untuk dibincangkan di Parlimen.
Apa gunanya berbincang jika perjanjian telah ditandatangani. Hanya orang bodoh sahaja yang boleh percaya bahawa perjanjian ini belum muktamad kerana belum dibincangkan di Parlimen walhalnya perjanjian tersebut telah termeterai ditandatangani. Ini memperlihatkan betapa bodohnya wakil Malaysia dalam urusan TPPA ini dan sekaligus memperlihatkan bagaimana Mustapha Mohamed ingin memperbodohkan rakyat Malaysia.
Kami di "4th Force" amat menentang keras perjanjian berat sebelah TPPA yang tidak diketahui hitam putihnya dokumentasinya dimana tiada perbincangan pernah dilakukan dengan rakyat dan tiada perdebatan mengenainya di Parlimen Malaysia. Kami juga akan memastikan tiada pimpinan Pakatan Harapan yang bersekongkol dengan Barisan Nasional dalam isu TPPA ini dan jika ada, kami akan memendekkan jangka hayat politik pimpinan tersebut tanpa mengira siapa dan apa level pimpinan itu.
Ini janji kami kepada semua. Kami di "4th Force" akan menjuarai isu rakyat tanpa ada bias kepada mana-mana parti.
Meor Yeop Meor Muhammad
4th Force
http://forthforce.blogspot.com/

Monday, 5 October 2015
Malaysia Sudah Tandatangani TPPA?
Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua,
Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA) nampaknya telah ditandatangi. Tahniah kepada Najib Razak sebab menandatangani perjanjian ini.
BBCNews
The US, Japan and 10 other Pacific rim countries have signed a controversial and sweeping trade agreement that covers about 40% of the world economy.
The Trans-Pacific Partnership (TPP) will create a new economic bloc with reduced trade barriers between the 12 nations involved.
The deal was signed after five days of talks in Atlanta in the US but has been under negotiation for five years. It was delayed repeatedly by negotiations over drug patents.
The other countries included in the TPP are Australia, Brunei Darussalam, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, and Vietnam.
Berkaitan : Trans-Pacific free trade deal agreed creating vast partnership

Pelan Perancangan Pengambilalihan Pentadbiran Malaysia
Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.
Satu perkara yang rata-rata rakyat marhaen ingin ketahui ialah apakah pelan perancangan pengambilalihan pentadbiran Malaysia oleh Pakatan Harapan. Dahulu semasa Pakatan Rakyat digerakkan, rakyat marhaen juga tidak tahu pelan perancangan pengambilalihan pentadbiran Malaysia walaupun Buku Jingga ada diterbitkan.
Ini kerana siri penerangan dan gerakkerja kearah memberikan pengetahuan kepada rakyat seakan tersangkut disana sini.
Setelah tertubuhnya Pakatan Harapan, rakyat perlu tahu apakah strategi yang akan dibuat oleh Pakatan Harapan jika mereka diberikan peluang untuk mentadbir Malaysia diperingkat Parlimen. Adakah Pakatan Harapan akan mentadbir Malaysia mengikut acuan sedia ada ataupun akan membuat satu rombakan yang akan menguntungkan rakyat.
Untuk menang dan menguasai peratusan undi pada PRU14, Pakatan Harapan bukan sahaja perlu untuk mempamerkan satu manifesto yang cukup cantik pada cetakan tetapi juga cantik kepada penzahiran. Malah pembentukan Kabinet Bayang pada kadar segera juga perlu diambilkira bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka bersedia untuk mengambil alih pentadbiran Malaysia.
Rakyat perlukan hasil dan bukannya retorik. Sudah cukup lama rakyat Malaysia menjadi mangsa. Sudah hampir 60 tahun. Ianya bukan satu masa yang singkat. Kami mahukan perubahan dengan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, makmur dan berdaya saing.

Sunday, 4 October 2015
Rahsia Serangan Mahathir Mohamed Terbongkar!
Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua...
Anda semua ingat Mahathir Mohamed menyerang Najib Razak kerana Mahathir Mohamed cukup bengang dengan Najib Razak. Malah anda semua ingat Najib Razak adalah seorang PM yang cukup lemah. Lebih lemah berbanding Abdullah Ahmad Badawi.
Haha, Anda tersilap.
Mahathir Mohamed adalah penyokong paling kuat Najib Razak. Tindakan yang dibuat oleh Mahathir Mohamed menghentam Najib Razak didalam media adalah satu tindakan strategis yang sebenarnya akan menaikkan lagi kekuatan kepada Najib Razak.
Dengan pengaruh media arus perdana yang majoritinya dikuasai oleh pemuka-pemuka Mahathir Mohamed, amat mudah sebenarnya untuk menaikkan lagi kekuatan kepada Najib Razak. Kita lihat semacam Mahathir Mohamed menyerang segenap segi Najib Razak, namun kita semua akan terpana apabila pada saat akhir menjalang PRU14 dimana masa itu Mahathir Mohamed akan membuat satu pergerakan drastik yang tidak disangka.
Menjelang hari terakhir sebelum proses pembuangan Undi PRU14, dijangkakan Mahathir Mohamed akan keluar di media-media arus perdana membuat satu siding akhbar yang menyatakan bahawa betapa beliau tersilap menyerang Najib Razak. Bagaimana Najib Razak adalah betul sejak dari mula. Bagaimana Mahathir Mohamed telah terpengaruh dengan pihak-pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan Najib Razak.
Dan dengan ini Mahathir Mohamed akan menyeru semua warga Malaysia untuk menyokong Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Dimana dengan "pengaruh" (kononnya) Mahathir Mohamed, nilai matawang RM akan kembali pulih sebelum detik terakhir pembuangan undi PRU14.
Rakyat tidak akan perasan bahawa permainan menjatuhkan nilai matawang ini sebenarnya dibuat oleh semua pihak yang bersekongkol dengan Mahathir Mohamed demi untuk survival BN menjelang PRU14. Mereka akan memastikan bahawa Najib Razak adalah penyelamat kepada Malaysia dan memang layak untuk memimpin Malaysia. Sokongan padu dari PAS memang amat dialu-alukan oleh perancang strategi ini.
Untuk pengetahuan semua, ada utusan dari Mahathir Mohamed yang telah dihantar bertemu dengan beberapa pimpinan PKR dan PAS untuk mengusulkan perkara ini sejak dari mula. Malah tindakan beberapa pimpinan PKR dan PAS memang mendapat restu dari Mahathir Mohamed dan Najib Razak.
Oleh itu, sila perhatikan ruangan ini.
Sekian Wabillahitaufiq
Meor Yeop Meor Muhammad
4th Force
http://forthforce.blogspot.my

Labels:
Konspirasi,
Mahathir Mohamed,
Najib Razak,
PAS,
PKR,
PRU14,
Strategi,
UMNO
APAKAH AKAN BERLAKU VoNC ATAU DIKHIANATI?
Oleh : ZUS DIN
Vote of No Confidence (VoNC) atau No Confidence Vote terhadap Najib d Parlimen semakin hampir. Seperti saranan Tun M, VoNC wajib dibuat bagi menyelamatkan negara. Berjaya atau tidak itu bukan persoalannya, tapi itulah usaha MP MP nak menyelamatkan Malaysia kalau mereka benar2 patriotik.
Dalam masa yg sama ini boleh menjadi "bargaining power' bagi mendesak BN memberi "medical treatment" kpd DSAI yg memerlukan pembedahan. Ini peluang terbaik menunjukkan simpati dan ehsan bukan saja dalam hati malah menzahirkan dalam tindakan.
Kita harap mereka ini buat kenyataan yg lebih melegakan kerana sudah mula timbul persoalan....

- Apakah masih ada teka-teki yg Azmin (MP Gombak) sendiri belum menurunkan tandatgn, dah serahkan kpd Dato' Johari Abdul selaku Ketua Whip PKR?
- Apakah N.Surindren (MP Pdg Serai) belum menetapkan pendirian atau enggan?
- Apakah Zuraidah (MP Ampang) menarik sokongan awal atau enggan?
- Apakah Dato Kamarul Baharin (MP Teluk Kemang) juga masih berteka-teki atau enggan?
- Apakah Lie Hoy Sian (MP PJ Selatan) juga masih belum tetap pendirian atau enggan?
WALAU APAPUN...5 ORG INI SEPATUTNYA INGAT AKAN JASA DSAI DAN DSWA ATAU SEKURANG2NYA ADA RASA HORMAT....AGAKNYA RAKYAT SUKA KE TGK PUAK YG KHIANAT??
Ini nasib PAS Kelantan PRU14? (sebuah kajian)
Oleh: Azhar Hamzah
Mula2, kita perhatikan keputusan PRN DUN Chempaka.
Kerana pengundi luar tak dapat balik mengundi, keputusan PRN DUN Chempaka mengalami pengurangan sehingga 8 % berbanding keputusan PRU13.
Persoalan, adakah pengundi luar akan balik 100% dalam PRU14?
Umum mengetahui, majoriti yang balik mengundi dalam PRU2 yg lepas adalah kerana sayangkan TGNA.
Adakah kasih sayang yang sama akan mereka curahkan untuk MB Mat Yaakob dan TMB Nik Amar?
Saya ramalkan tidak. Kemungkinan yang balik hanya berjumlah separuh dari yang biasa.
Ini akan mengakibatkan pengurangan undi berjumlah 4%.
Sekarang jom kita perhatikan keputusan DUN2 PAS di Kelantan dalam PRU13,
Dah puas memerhati?
Sekarang jom lihat jika semua DUN mengalami pengurangan undi 4% (separuh pengundi luar tak balik mengundi).
Hanya 3 DUN terjejas. Masih boleh berkuasa.
Ok. Jom lihat sokongan kepada PAS dulu dan sekarang.
Dulu2
Kini
Kalau nak kata pengurangan 80%, Kejam sangat. Ok la. Kita bagi kurang 50% je.
Maka di bawah adalah apa yang akan berlaku pada DUN2 PAS Kelantan jika berlaku pengurangan undi sebanyak 54% (50% undi tempatan + 4% pengundi luar tak balik).
Semua bungkus!
Memang jumlah pengundi akan bertambah setiapkali PRU, tapi, jumlah % adalah sama!
Jika ini benar2 berlaku, maka, bye-bye PAS Kelantan!
Kita sama2 tengok. Depa redha ke dak?
Saturday, 3 October 2015
Bahaya Bila Dapat Orang Politik Bermasalah Mental.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.
Itu hari kita dapat lihat pemimpin MIC yang bernama M. Saravanan menayangkan senjata api berupa sepucuk pistol dalam satu mesyuarat yang mana dia hadir sama. Perkra ini menjadi viral dalam Internet dan ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh M. Saravanan ini. Kita semua sedia maklum sebagai Timbalan Menteri, M. Saravanan mempunyai lesen sah senjata api, tapi ianya bukanlah lesen untuk menunjuk-nunjuk dan menayangkan senjata api dikhalayak ramai walaupun senjata api tersebut berada didalam sarungnya (holsters).
Tindakan semberono boleh menyebabkan senjata api tersebut boleh disalahgunakan dan memberikan bahaya kepada khayalak awam.
Kini perkara yang sama juga berlaku dimana seorang pemimpin PAS yang bernama Abdul Fatah Haron pula dikatakan telah mengacukan senjata api berupa pistol kepada seorang awam yang tidak bersenjata. Ianya berlaku dikatakan akibat dari perseteruan dan keadaan marah diantara suspek (pemilik senjata api) dan mangsa. Walaupun tidak berlaku satu insiden yang menyebabkan kecederaan, namun tindakan semberono ini memang membahayakan.
Ianya boleh mengundang risiko kepada khalayak awam yang ada didalam mesyuarat tersebut. Tindakan sebegini boleh diklasifikasikan dibawah Kanun Keseksaan dan pelaku boleh dikenakan tindakan tarik balik lesen dan digantung lesennya jika siasatan menunjukkan ianya berlaku dengan niat.
Pada pandangan saya, inilah bahayanya bila orang politik bermasalah mental dan ditambah lagi memiliki lesen senjata api. Sebab orang politik ini terdedah dengan isu-isu yang boleh menyebabkan mereka mengambil tindakan drastik. Silap gaya ada yang boleh mati hanya kerana sikap tidak puas hati antara ahli politik.
Kita wajar mengubah undang-undang pemilikan senjata api dikalangan orang politik secepat mungkin sebelum ada nyawa yang melayang.
Itu hari kita dapat lihat pemimpin MIC yang bernama M. Saravanan menayangkan senjata api berupa sepucuk pistol dalam satu mesyuarat yang mana dia hadir sama. Perkra ini menjadi viral dalam Internet dan ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh M. Saravanan ini. Kita semua sedia maklum sebagai Timbalan Menteri, M. Saravanan mempunyai lesen sah senjata api, tapi ianya bukanlah lesen untuk menunjuk-nunjuk dan menayangkan senjata api dikhalayak ramai walaupun senjata api tersebut berada didalam sarungnya (holsters).
Tindakan semberono boleh menyebabkan senjata api tersebut boleh disalahgunakan dan memberikan bahaya kepada khayalak awam.
Sekadar Hiasan |
Ianya boleh mengundang risiko kepada khalayak awam yang ada didalam mesyuarat tersebut. Tindakan sebegini boleh diklasifikasikan dibawah Kanun Keseksaan dan pelaku boleh dikenakan tindakan tarik balik lesen dan digantung lesennya jika siasatan menunjukkan ianya berlaku dengan niat.
Pada pandangan saya, inilah bahayanya bila orang politik bermasalah mental dan ditambah lagi memiliki lesen senjata api. Sebab orang politik ini terdedah dengan isu-isu yang boleh menyebabkan mereka mengambil tindakan drastik. Silap gaya ada yang boleh mati hanya kerana sikap tidak puas hati antara ahli politik.
Kita wajar mengubah undang-undang pemilikan senjata api dikalangan orang politik secepat mungkin sebelum ada nyawa yang melayang.
KALIAN PENGKHIANAT..!
KALIAN PENGKHIANAT..!
Kami pengundi tiada kepentingan material.
Kalian yg mempertaruhkan kepentingan wang.

Kalian khianat, kami sedia menguburkan..!
Friday, 2 October 2015
Bila Hadi Awang Nak Dedahkan Fail?
Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.
Dulu semasa pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu telah bertukar tangan daripada BN kepada PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang ada membuat satu sidang akhbar yang memberitahu bahawa dia telah pun memiliki banyak fail-fail penyelewengan Kerajaan BN yang pernah diterajui oleh Tan Sri Wan Mokhtar Bin Ahmad.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang telah bertegas mengatakan bahawa beliau akan mendedahkan semua penyelewengan tersebut dengan memberikan semua media akses kepada fail yang katanya telah dimilikinya.
Kini setelah hampir 3 penggal, tiada satu fail pun yang telah didedahkan.
Persoalannya disini. Adakah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang ini telah menipu dan membohongi media sekaligus rakyat Terengganu secara khusus. Jika beliau mengatakan tidak menipu, jadi bilakah beliau hendak mendedahkannya. Bukankah menipu itu amalan syaitan? Bolehkah seorang yang dikatakan Tuan Guru @ Ulama menipu?
Cukuplah Saudara Ezam Bin Mohd Noor sahaja yang menipu rakyat Malaysia dalam isu berkotak-kotak fail penyelewengan. Lagipun Saudara Ezam Bin Mohd Noor bukanlah berstatus Ulama atau Tuan Guru.

POLITIK MENAMBAH RESAH RAKYAT YANG DIHIMPIT EKONOMI
Pasca pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatannya
sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet dan Timbalan Presiden UMNO tanggal 2hb. September 1998 menyaksikan lanskap politik Malaysia telah melalui perubahan
yang begitu drastik. Rakyat terheret sama mengharungi liku-liku perjuangan
dalam politik Malaysia. Sekaligus mendidik lebih ramai rakyat untuk lebih
celik politik. Namun politik yang tidak berkesudahan dan berpanjangan selama
lebih 16 tahun sehingga kini, pada tahun 2015 telah mula meresahkan rakyat.
Rakyat semakin terhimpit bukan sahaja akibat politik dalam Negara malah semakin
lemas dan rimas dengan kebobrokan pemerintahan UMNO BN serta kebejatan ekonomi akibat tangan-tangan
rakus pemimpin-pemimpin yang diangkat oleh 47% pengundi pada PRU13 yang lalu.
POLITIK PARTI PEMERINTAH MERESAHKAN RAKYAT
Politik dalaman UMNO begitu membarah akibat dari kelompok Najib
(yang hanya membentuk minoriti dalam UMNO) yang masih mempertahankan bos mereka
untuk terus bergayut pada kuasa adalah antara faktor mengheret rakyat kepada
politik aktif. Tindakan mereka secara relatifnya menyebabkan rakyat mula resah
dan peduli politik. Semakin hari semakin ramai “netizens” atau warga
siber begitu rancak meluahkan rasa tidak puas hati mereka melalui media sosial
seperti facebook, whatsapp, instagram dan lain-lain. Tidak kurang juga dgn
bloggers. Kesemua ini mampu membentuk persepsi dan aliran pemikiran rakyat
marhaen bermaklumat justeru menjadikan media arus perdana hilang pengaruh dan
relavansinya. Realiti Politik Malaysia bagi rakyat adalah “A Need To Know Basis”, sejak
dahulu persepsi begitu galak dimainkan oleh UMNO BN bagi mengalih dari isu
sebenar sambil meraih sokongan. Sehinggakan begitu ramai yang masih belum sedar
akan kepincangan dan urus tadbir Najib yang lemah serta mengheret Negara kepada
kerosakan ekonomi. Meskipun kini disedari ia kelihatan sangat sukar untuk diatasi. Politik, kuasa dan ekonomi sangat berkait rapat.
Kedurjanaan dalam berpolitik, penyalahgunaan kuasa bagi
memperkayakan kroni, merompak hasil negara, urus tadbir yang pincang, rasuah
yang bermaharaja lela mengundang kepada masalah ekonomi yang akhirnya menghimpit rakyat. Bagi yang sedar mereka bangun menentang dan menjadi lebih cakna
serta peduli dengan politik. Bagi yang berada dalam zon selesa, mereka masih
bermimpi indah, kurang sedar, enggan peduli atau masih yakin UMNO BN mampu mentadbir negara.
Dalam keasyikan dan mimpi di siang hari akibat dari sajian isu-isu yang
mengalihkan pandangan dari isu utama yang membarah, satu persatu mula
tersingkap dan “power struggle” dalam UMNO mula kelihatan di permukaannya. Itulah
perancangan Allah SWT dan semuanya dalam ilmu Dia…Yang Maha Berkuasa.
Pergelutan kuasa dalam UMNO yang merupakan parti tunjang
Barisan Nasional semakin parah. Lain-lain parti komponen BN seolah-olah terkedu
dan kelu dengan masalah ini sementelah mereka sendiri mempunyai masalah dalaman
yang menanti masa untuk “meletup”. Ianya umpama bom jangka. Kekalutan dalam
UMNO membarah berpunca dari keterlibatan Najib dan konco-konconya dalam
skandal kewangan terbesar abad ini, malah tersohor dan termahsyur seantero
dunia iaitu 1MDB. Meskipun usaha MP pembangkang sebelum ini terutama Rafizi
Ramli (PKR) dan Tony Phua (DAP) untuk
membangkitkan isu 1MDB ini ianya kelihatan hanya diberi perhatian oleh pihak
pembangkang dan penyokong-penyokongnya sahaja. Penyokong UMNO BN memandang sepi
kerana ‘spin masters” UMNO BN acapkali berjaya membelit dan memutarkan isu ini
SEOLAH-OLAH ianya sekadar isu fitnah yang sengaja dibangkitkan oleh
pembangkang. Namun, hari demi hari rakyat melihat kesan “politik
rompakan” durjana. Urus tadbir pincang yang masih menobatkan Dinasti Kodi mengakibatkan negara menghadapi kemelut ekonomi serta penyusutan nilai ringgit
akibat "TRUST DEFICIT" yang dihadapi oleh pentadbiran Najib.
Bertolak dari
keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) untuk menegur Najib secara
terbuka, rakyat yang sedang “lena” mula membuka
mata. Namun masih ramai penyokong UMNO BN masih menguap dan enggan bingkas bangun dari tidur di
siang hari. Asakan demi asakan ke atas pentadbiran Najib terutama isu 1MDB oleh
bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu mula kelihatan keras. Tindakan itu
mula mencelikkan mata penyokong-penyokong UMNO BN akan kebobrokan politik dan
kuasa yang bakal mengheret Malaysia ke kancah kegawatan ekonomi. Usaha Tun M
pada mulanya dipandang sepi oleh ramai pihak termasuklah penyokong-penyokong
pembangkang kerana merasakan Tun M mempunyai agenda peribadi dan untuk menyelamatkan UMNO BN semata-mata. Tiada nilai patriotik diberikan kepada Tun M.
Adakah hakikat sebenar lebih dari itu? Bukan sahaja bagi menyelamatkan Malaysia dari terjebak dalam kerosakan ekonomi yang sukar dipulihkan, malah bagi mengelakkan Malaysia terjerumus ke lurah konflik hubungan antarabangsa dengan Amerika Syarikat dan China? Sesungguhnya ASEAN tidak boleh dijadikan “Zone Konflik” dan Malaysia perlu mengekalkan status “Non Allies Nation” serta bersikap lebih berkecuali atau sekurang-kurangnya tidak kelihatan "memihak". Isu sensitif ini tidak dapat dibincangkan di sini namun kita yakin ianya adalah antara perkara yang sejak awal difikirkan oleh negarawan seperti Tun M dalam usaha beliau mendesak Najib "turun tahta".

Namun, pelbagai isu termasuk 1MDB sudah menjustifikasikan
bahawa rakyat tidak kira fahaman politik, bangsa dan agama seharusnya bersatu
mendesak Najib dan konco-konconya melepaskan cengkaman kuasa. “The
Enemy of Our Enemy is Our Friend”. Tun M dan sesiapa sahaja yang ingin mendesak
Najib meletak jawatan WAJAR disokong. Ini bukan lagi terbatas atau berkisar
sekadar politik tetapi kelansungan survival Negara Malaysia yang berdaulat.
Hanya segelintir di kalangan UMNO yang berkepentingan dan mempertahankan Najib, majoriti di dalam UMNO terutamanya ahli
dan pemimpin akar umbi begitu marah dan kecewa dengan Najib. Natijahnya, timbullah bermacam usul,
kenyataan dalam mesyuarat Cawangan dan Bahagian UMNO yg boleh dianggap sebagai
anti-Najib. Lapuran polis turut dibuat terhadap Najib. Namun dengan kuasa dan
segala apparatus kerajaan yang ada telah dipergunakan untuk “menutup” suara
akar umbi. Begitu lah kecilnya jiwa seorang pemimpin.
POLITIK PARTI PEMBANGKANG MERESAHKAN RAKYAT
Majoriti rakyat sejak
beberapa Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas telah melihat pakatan parti-parti
pembangkang sebagai pakatan yang mampu menjadi alternatif bagi menggantikan BN.
Itu adalah aspirasi rakyat dan Pakatan Rakyat terbukti merupakan kuasa politik yang mampu mencabar dan meruntuhkan ego BN. Ini telah dibuktikan di PRU13 yang lalu bila berlaku "tsunami politik".
PR menjadi harapan rakyat bagi menggalas misi menumbangkan BN sekaligus menghentikan
keresahan rakyat terhadap pelbagai kebejatan, kebobrokan dan keangkuhan pemerintahan BN
yang dianggap menzalimi rakyat. “Power Corrupts. Absolute Power Corrupts Absolutely”.
Itu yang terjadi kepada BN dan kini Najib menggunggulinya.
Namun PR turut dilambung ombak. Harapan kepada pakatan pembangkang semakin menjunam, rakyat
semakin kecewa. Resah dengan politik haprak UMNO BN, rakyat terkesan dengan
pertikaian dalaman Pakatan Rakyat. Bermula dari sikap “LAPAQ MICROPHONE”, segelintir pemimpin dalam
PAS, PKR dan DAP mula “menembak” kawan di "lapang sasar" musuh. Sokongan rakyat membuatkan mereka
“terlena” dengan jawatan dan kuasa. Media musuh mula menjadi medan bercakaran sesama sendiri.
Keadaan semakin ketara apabila cabar mencabar berlaku antara
PAS dan DAP yang kemuncaknya ialah Muktamar Tahunan PAS ke 61 pada 4-6 Jun 2015
yang menyaksikan kelompok Profesional dan Progresif G18 yang digelar “JEBON”
telah disingkirkan secara “en-block”. Menambah luka apabila pemimpin-pemimpin
PAS pro-Ulama telah memutuskan untuk menghentikan “tahaluf siyasi” dengan DAP
tetapi meneruskan kerjasama longgar dengan PKR. Suatu keputusan yang maha pelik
dan hanya diterima oleh penyokong tegar PAS. Natijahnya ramai ahli PAS mula
keluar dari parti dan ianya semakin ketara selepas 1 September 2015.
Keresahan rakyat terutama pendokong PR semakin
mendesak yang inginkan pakatan terus membela rakyat dan WAJIB kelihatan kuat
bagi menyaingi UMNO BN yang semakin lemah dan lemas. Malang bagi PR, ianya
lebur kerana sikap tidak “kebersamaan” PR oleh pemimpin-pemimpin tertentu dalam
PAS. Natijahnya dari tekanan NGO-NGO terutama PASMA, IKRAM dan
lain-lain maka tertubuhlah Gerakan Harapan Baru oleh G18 yang ahirnya membentuk
Parti Amanah Negara (PAN) atau sinonim
dengan perkataan AMANAH. Amanah diumumkan selepas himpunan Bersih 4.0 yang
menyaksikan himpunan rakyat pelbagai kaum yang turun disertai oleh pemimpin
PKR, PAN dan DAP malah oleh Tun M. Ianya adalah natijah dari keresahan rakyat
terhadap Najib, UMNO dan BN. Kali ini “it’s beyond politics” dengan 500,000 rakyat turun ke jalanraya selama 34 jam bagi membuat 5 tuntutan utama untuk menyelamatkan negara dan mendesak Najib meletakan jawatan. Antara tuntutan adalah bagi memastikan pilihanraya yang bersih dan adil.
Selari dengan aspirasi rakyat marhaen tanggal 22 September
2015 persidangan meja bulat dianjurkan PKR dan disertai oleh PAN, DAP dan
pelbagai NGO memutuskan PAKATAN HARAPAN
(PH) ditubuhkan tanpa PAS yang enggan menyertainya. PH telah memberi sedikit
harapan dan menjawap keresahan rakyat namun ianya masih belum mencukupi. Politik
dalaman dimainkan oleh segelintir pimpinan PKR yang masih mahukan PAS atas
sebab-sebab dan agenda mereka sendiri terus mencalarkan imej PKR sekaligus
sekali lagi menghampakan pendokong Pakatan Harapan yang baru sahaja bertunas.
Desakan demi desakan terus ditunjukkan warga siber (netizens) agar PH terus
mara tanpa PAS. MB Selangor, Azmin Ali yang masih berdegil untuk mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri telah menimbulkan suasana janggal. Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) seolah-olah mengajar Azmin bagaimana dia
sepatutnya melayan PH. LGE memulakan langkah mengumumkan kerajaan Pulau Pinang
adalah kerajaan Pakatan Harapan. Azmin kini tersepit antara agenda bersama PAS dan aspirasi rakyat bersama PH.
Harapan rakyat yang ingin melihat PH menguasai
Selangor tanpa PAS semakin memuncak. DAP memberikan kata dua kepada Azmin untuk
akur dengan PH dengan menolak PAS dari kerajaan Selangor. Sekali lagi rakyat resah
dengan pergelutan kuasa dalam kerajaan negeri Selangor yang seolah-olah tidak
berkesudahan. Jika ini tidak ditangani, adalah tidak mustahil sokongan kepada
Pakatan Harapan di PRU14 akan merudum akibat protes dan bosan dengan sikap
pemimpin-pemimpin PKR yang terlibat. Malah, pihak yang mesra PAS dilanggap tidak popular dan tidak perlu disokong. Di luar sana, di merata-rata tempat
perbualan biasa ialah tentang Najib, UMNO BN dan Hadi dari PAS. Rakyat
marhaen kelihatan kecewa dan marah dengan dua pemimpin politik ini. Tidak
keterlaluan jika dikatakan bahawa dua pemimpin politik ini sangat tidak popular
di kalangan rakyat pada ketika dan saat ini. Hanya penjilat mereka yang masih bermimpikan sokongan marhaen. UMNO dan PAS kelihatan serupa tapi tak sama. Kelunakan dua pemimpin berstatus "ulama" dalam PAS terhadap "derma" buat Najib sekadar mengeruhkan keadaan dan meloyakkan tekak marhaen.
EKONOMI YANG PARAH MENGHIMPIT RAKYAT
Semakin hari semakin resah rakyat dengan pentadbiran UMNO BN yang kelihatan menindas dan menekan rakyat dengan pelbagai
tekanan termasuk GST, kes rasuah kepimpinan tertinggi dalam kerajaan, isu 1MDB, isu "derma" RM2.6 billion ke akaun Najib, nilai
ringgit yang merudum, ekonomi yang lembab, kenaikan harga bahan bakar di
Malaysia , kejatuhan harga minyak di pasaran dunia yang memberi impak negatif
kepada Negara pengeluar minyak. Kenaikan kos harga barang keperluan sekaligus menjadikan kos sara hidup semakin tinggi.
Pendapatan semakin kurang, gaji tidak bertambah, syarikat
besar mula membuang pekerja dan bisnes semakin susut semuanya meresahkan
rakyat. Rakyat yang sebelumnya tidak merasa himpitan ini semakin terasa
bahangnya. Kumpulan rakyat yang terkesan kepada hambatan ekonomi ini semakin
membesar dari hari ke hari. Malangnya masih ada lagi yang terus menyokong Najib
tanpa menyedari dan mengakui hakikat bahawa Malaysia diambang kehancuran kerana
sokongan seperti itu hanya membawa rebah bukan sahaja bagi UMNO BN malah bagi
negara Malaysia kerana sokongan kepada Najib, UMNO BN hanya mengakibatkan : -
- Ekonomi dan Ringgit Malaysia terus diheret turun oleh skandal 1MDB.
- GLC dan harta negara berterusan dijarah untuk menutup lubang hutang dan rompakan siang hari oleh "penyamun tarbus".
- Ringgit Malaysia akan terus merudum akibat TRUST DEFICIT kepada pentadbiran Najib.
- FDI (Foreign Direct Investment) akan merudum malah mungkin tidak akan masuk kecuali dari negara China (Manakala video memaki Cina babi sudah viral ke negeri China dan menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat China. Percubaan memanggil Duta Besar China hampir merosakkan “Bilateral Tie” dengan China).
- Negara menuju kebangkrapan sepertimana Greece dgn Rezab BNM sudah semakin susut sehingga tinggal USD106b dan kehilangan USD40b sejak usaha yang gagal menyelamatkan ringgit yang terus menjunam.
- Syarikat-syarikat besar mula mengurangkan pekerja dan beribu rakyat Malaysia hilang pendapatan. Eksport yang semakin menyusut dan import yang membebankan akibat kejatuhan nilai ringgit.
- “Cost of Living” terus naik mencekik rakyat tanpa menunjukkan petanda akan reda.
- dan banyak lagi kesan-kesan sampingan yang perlu ditanggung oleh rakyat.
Keadaan ekonomi yang semakin parah ini begitu menghimpit
rakyat dan ianya mula dihubungkaitkan dengan masalah ekonomi dihadapi rakyat.
Rakyat mula menjadi celik dan peka kepada politik terutamanya bagi rakyat
bermaklumat di Bandar dan separa Bandar. Bertolak dari ini maka adalah dijangka
akan berlaku gerakan massa dari kalangan rakyat marhaen untuk menolak UMNO BN
di PRU14 nanti. Sistem "Dua Parti" seperti di negara-negara maju mula kelihatan praktikal dan relevan. Sistem ini memberi kuasa kepada rakyat memilih antara BN atau PH. Kini tiba masanya rakyat berbilang kaum, agama dan ideologi politik untuk bangkit dan berani melaksanakan perubahan. Sistem dua parti bakal memberi kuasa penentu kepada rakyat dan membuatkan parti yang memerintah tidak akan berani mengenepikan suara rakyat atau melakukan perkara sewenang-wenangnya kerana rakyat berhak beralih arah pada PRU yang akan datang. Sistem ini juga akan menyerlahkan "PEOPLE'S POWER". Rakyat harus dididik kearah pemahaman Sistem Dua Parti dan anjakan paradigma politik baru merentasi perkauman.
HAMPIR MENGHERET KEPADA KRISIS DIPLOMATIK
Sehingga ke hari ini, nilai ringgit kelihatan seolah-olah “free
fall” dan tidak menunjukkan petanda akan pulih dari penyusutan. Ekonomi negara
seolah-olah “terhenti” dan wang tidak lagi berlegar dalam pasaran seperti
dahulu. Ditambah dengan pelabur asing yang menarik diri dan keluar dari pasaran
tempatan sehinggakan Gabenor Bank Negara (BNM) Tan Sri Dr. Zeti turut menyatakan
kebimbangan bahawa isu 1MDB mesti diselesaikan sebelum pemulihan ringgit boleh
berlaku. Tun M di dalam blog chedit.cc turut berpandangan bahawa hanya tanpa
Najib, Malaysia mampu berdiri gagah semula.
Keyakinan Tun M mempunyai asasnya kerana dengan sokongan
Negara China iaitu kuasa Ekonomi terbesar dunia, Malaysia mampu berdiri semula.
FDI dari China dan lain-lain negara asing dijangka mencurah masuk semula ke
Malaysia kerana inilah negara paling strategik di rantau Asia Tenggara untuk aktiviti perlaburan. Kemakmuran Malaysia
suatu masa dahulu juga menjadi kunci kepada minat masyarakat antarabangsa.
Himpunan baju merah yang terpalit dengan isu perkauman antara dua bangsa teras
Melayu-Cina adalah sesuatu yang sangat berisiko. Ianya kelihatan seolah-olah
gerakan anti-Cina yang memberikan impak negatif kepada “bilateral tie” antara Malaysia dan negara China.
Ditambah dengan polemik perkauman yang bahaya hasil Doktrin KETUANAN MELAYU ciptaan UMNO sehingga HAMPIR mengheret Duta Besar China ke
Malaysia mengadap Wisma Putra, sesungguhnya ia mampu mencalarkan imej Malaysia
di mata negara China. Mereka yang terlibat kelihatannya tidak sedar bahawa
mereka telah begitu hampir mencetuskan krisis Diplomatik, membangkitkan
kemarahan negara China dan berpotensi mencederakan “Foreign Policy” Malaysia. Ia juga bakal merosakkan hubungan
Malaysia-China yang telah terbina sejak 1974 melalui kepimpinan Allahyarham Tun
Abdul Razak dan diteruskan oleh Perdana Menteri selepas beliau termasuklah Tun
M.
Pada tahun 1991 di era Tun M, kerjasama ditingkatkan apabila
terbentuk China-Malaysia “Strategic Consultation Meetings” yang diadakan
setiap tahun secara bergilir antara Beijing dan Kuala Lumpur. Hasil ilham Tun M ianya telah
mempertingkatkan kerjasama bukan sahaja dari segi perdagangan, “Foreign Affairs”
dan ekonomi malah dari segi ketenteraan serta kepakaran teknologi yang
menyumbang kepada kemakmuran serta kepesatan ekonomi negara. Legasi ini diancam kemusnahan
dengan gelagat segelintir kumpulan
ultra-Melayu yang tidak lansung memikirkan kepentingan ekonomi Malaysia.
Masa depan Malaysia dan rakyatnya kelihatan suram,malah
melalui laluan berliku bermula dari kemelut politik yang meresahkan sehinggalah
kepada keperitan akibat himpitan ekonomi yang terus menerus membuatkan rakyat
merasa bosan, keliru dan hampa. APAKAH MASIH ADA SINAR BUAT MALAYSIA?? APAKAH MASIH
ADA CAHAYA DIHUJUNG TEROWONG? Itulah persoalan yang paling besar dibenak hati rakyat
yang cakna dan patriotik. TIDAK BOLEH TIDAK, JALAN KELUARNYA ADALAH
MELALUI JALAN POLITIK, KUASA DAN EKONOMI. UMNO BN SUDAH TIDAK LAGI RELEVAN. NOKTAH!!
Wallahualam.
TAPAI
02.10.2015
02.10.2015
Subscribe to:
Posts (Atom)