PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Showing posts with label AMANAH. Show all posts
Showing posts with label AMANAH. Show all posts

Monday, 4 January 2016

PRU14 Sudah Semakin Dekat.

Ramai yang yakin bahawa PRU14 sudah semakin dekat. Berapa dekat? 6 bulan? Setahun? Dua tahun?

Tidak kisahlah walau berapa dekat PRU14. Apa yang menjadi persoalan yang paling utama adalah apa tindakan yang sedang dan akan diambil bagi memastikan PRU14 menjadi medan kubur bagi Barisan Nasional?

Setakat ini tiada yang konkrit yang boleh dilihat pada Pakatan Harapan. Betul ramai rakyat amat berharap agar Pakatan Harapan mampu untuk merealisasikan impian untuk melihat Barisan Nasional tumbang dan membolehkan satu reformasi kepada sistem pentadbiran Malaysia. Tapi jika setakat impian dan harapan tanpa ada usaha-usaha jitu tidak akan menjadi juga.

AMANAH terutamanya perlu memberikan kata dua kepada PKR sama ada benar-benar komited untuk berjuang menentang Barisan Nasional atau sekadar suka-suka sahaja bersama PAS yang nampaknya tidak berhasrat untuk menumbangkan Barisan Nasional.

PKR perlu membuat keputusan tepat dan pantas. Tindakan PKR yang tidak konsisten dalam isu PAS amat memualkan. Oleh itu jika Barisan Nasional mahu ditumpaskan maka sewajarnya PKR komited dengan hala tuju Pakatan Harapan dan menutup terus idea Pakatan Rakyat yang telah berkubur akibat dari kerakusan PAS dalam membuat keputusan.

Jangan tunggu disaat akhir.

Meor Yeop Meor Muhammad
Koordinator 4th Force
http://forthforce.blogspot.com/

Sunday, 3 January 2016

AMANAH Dalam Bahaya?

Satu perkara yang ramai orang tidak sedar adalah ujudnya agen-agen yang berupa pengkagum Mahathir Mohamed yang telah dapat menyeludupkan diri mereka kedalam AMANAH. Mereka ini pada masa ini sedang membina kredibiliti didalam organisasi AMANAH sama ada secara "direct" mahupun "indirect".

Kami di 4th Force sejak dari awal lagi amat kritikal perkara ini. Kami sedar lambat laun anasir ini jugalah yang akan menjahanamkan AMANAH sama ada melalui kepercayaan rakyat mahupun ahli-ahli.

Apa yang kami lihat kini anasir-anasir pengkagum Mahathir Mohamed ini nampaknya semakin hari semakin dekat dengan pimpinan utama AMANAH. Adalah menjadi satu perkara yang agak berbahaya kepada AMANAH jika anasir ini tidak dibenteras sejak awal.

Kepada pimpinan AMANAH, jangan sampai AMANAH diperdayakan atau didajalkan oleh para pengkagum Mahathir Mohamed ini yang menyamar sebagai penyokong dan pendokong AMANAH. Sila lihat keliling anda.

Sekadar nasihat

Meor Yeop Meor Muhammad
4th Force
http://forthforce.blogspot.com/

Sempatkah AMANAH Bertapak Dalam Hati Para Pengundi?

Kami di 4th Force ada ditanya soalan ini.

Sempatkah AMANAH bertapak dalam hati para pengundi?

Pada kami ianya satu persoalan yang agak rumit untuk dijelaskan. Bukanlah tujuan kami di 4th Force ini untuk memberikan satu persepsi buruk kepada AMANAH atau menjadikan AMANAH satu bahan lelucon tetapi apa yang kami cuba lakukan adalah untuk memberikan satu sudut pandang yang lain kepada AMANAH.

Daripada pengamatan kami di 4th Force, kami dapat lihat bahawa AMANAH masih lagi terkongkong dalam ruang lingkup yang terhad dimana AMANAH memperlihatkan diri mereka sekadar satu alternatif kepada PAS.

Ini sepatutnya tidak lagi berlaku. AMANAH bukanlah saingan atau gantian kepada PAS. AMANAH sepatutnya menjadi lebih besar dari itu. AMANAH sepatutnya tidak lagi mencampuri urusan luar atau dalam PAS. Tinggalkan PAS dan persepsi yang memperlihatkan AMANAH itu adalah parti serpihan PAS.

Para pengundi rata-rata terkeliru dan serba salah sama ada untuk memilih AMANAH atau PAS. Ini sudah sepatutnya tidak lagi berlaku. PAS sekarang ini hanyalah parti picisan sahaja. Tidak releven dalam konteks Malaysia. PAS hanya layak untuk kawasan majoriti Melayu semata-mata. Itupun belum tentu PAS boleh melangkah jauh pada PRU14 dengan sendirinya tanpa bantuan parti yang lain.

AMANAH patut menjadi lebih besar. Ini kerana AMANAH disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Tapi kalau pimpinan AMANAH masih lagi tidak mahu berubah, kami di 4th Force hanya mampu mengucapkan sayonara pada PRU14. Para pengundi bukannya bodoh. Para pengundi bukannya pentaksub. Para pengundi PRU14 akan memilih calon atau parti yang boleh memberikan manfaat kepada mereka.

Meor Yeop Meor Muhammad
4th Force
http://forthforce.blogspot.com

Saturday, 10 October 2015

Creative Chaos

'Assalamualaikum dan Salam sejahtera',

Saya amat kecewa melihat bilamana orang yang cerdik-cerdik dalam parti-parti pembangkang tidak menunjukkan kecerdikan dan kewarasan mereka bila berhadapan dengan soal survival parti bersama yang akan berhadapan dengan musuh mereka ia itu BN.

Musuh berjaya melakukan 'Creative Chaos' (Kacau bilau yang kreatif) terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Saya pinjam istillah creative chaos ini dari seorang Ustaz dalam ceramahnya baru-baru ini.

Beliau memberi contoh kuasa2 barat mewujudkan creative chaos di negara2 Timur Tengah supaya negara-negara di Timur Tengah sentiasa berselisih faham dan tidak bersatu padu.

Inilah yang berlaku di dalam PR. (PR yang lama dan PH yang baru). Kita diajak berselisih faham dan berpecah belah sehingga kita menganggap sesama kita musuh.

Walhal kita semua faham BN seolah-olah sudah sampai ke hujung tempoh, tidak berupaya, lemah, dipenuhi pelbagai krisis dan lain-lain dan berkemunkinan akan kalah didalam pilihan raya yang akan datang.

Sepatutnya semua pemimpin dalam PR/PH boleh melihat dengan jelas bahawa untuk PR/PH mengambil tampok pimpinan negara sudah sangat hampir. Mengapakah peluang keemasan ini seolah2 dipersia-siakan?

BN sudah banyak melakukan kerosakan demi kerosakan dalam pelbagai bidang di negara ini. Tak payahlah saya ulangi satu persatu semua kerosakan itu kerana semua itu ada di dalam fikiran kita.

Mengapa kita biarkan diri kita di perkotak katikkan oleh mereka. Sekarang ini kawan kita ingat lawan, lawan kita ingat kawan. Apa sudah jadi pada diri kita? Di manakah kewarasan kita? Apakah kita mahu berterusan menjadi parti pembangkang di Dewan Rakyat sampai bila-bila?

Rakyat jadi pening dan bingung melihat telatah kita yang kadang kala berperangai seperti kanak-kanak, kurang matang dan sangat emosional.

Musuh sangat bijak menggunakan isu yang dengan cepat memecah belah kita. Tak ubah seperti di negara-negara Timur Tengah, musuh cipta Grand Design 'Creative Chaos' yang menyebabkan berlaku pergeseran dan persengketaan sesama negara-negara Arab.

Allah swt memberi kita akal yang waras membetulkan dimana yang silap, bermaaf-maafan, balik ke pangkal jalan, berlapang dada dan sebagainya.

Saya menyertai parti pembangkang kerana saya melihat kita ada ramai pemimpin-pemimpin lelaki dan wanita yang jauh lebih baik dari yang ada di BN pada waktu ini.

Kita harus sanggup membetulkan semua kepincangan yang ada sekarang.

Saya merayu kepada semua pihak di dalam PR/PH supaya mengenang kembali hasrat dan cita-cita murni yang kita buat pada suatu ketika dahulu. Kita telah berjanji untuk memulihkan semula keadaan kepincangan besar yang di hadapi negara.

Semoga rayuan saya ini mendapat tempat di hati tuan-tuan dan puan-puan.

Terima kasih.

Yang ikhlas,

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib

9 Oct 2015.

Monday, 5 October 2015

Pelan Perancangan Pengambilalihan Pentadbiran Malaysia

Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.

Satu perkara yang rata-rata rakyat marhaen ingin ketahui ialah apakah pelan perancangan pengambilalihan pentadbiran Malaysia oleh Pakatan Harapan. Dahulu semasa Pakatan Rakyat digerakkan, rakyat marhaen juga tidak tahu pelan perancangan pengambilalihan pentadbiran Malaysia walaupun Buku Jingga ada diterbitkan.

Ini kerana siri penerangan dan gerakkerja kearah memberikan pengetahuan kepada rakyat seakan tersangkut disana sini.

Setelah tertubuhnya Pakatan Harapan, rakyat perlu tahu apakah strategi yang akan dibuat oleh Pakatan Harapan jika mereka diberikan peluang untuk mentadbir Malaysia diperingkat Parlimen. Adakah Pakatan Harapan akan mentadbir Malaysia mengikut acuan sedia ada ataupun akan membuat satu rombakan yang akan menguntungkan rakyat.

Untuk menang dan menguasai peratusan undi pada PRU14, Pakatan Harapan bukan sahaja perlu untuk mempamerkan satu manifesto yang cukup cantik pada cetakan tetapi juga cantik kepada penzahiran. Malah pembentukan Kabinet Bayang pada kadar segera juga perlu diambilkira bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka bersedia untuk mengambil alih pentadbiran Malaysia.

Rakyat perlukan hasil dan bukannya retorik. Sudah cukup lama rakyat Malaysia menjadi mangsa. Sudah hampir 60 tahun. Ianya bukan satu masa yang singkat. Kami mahukan perubahan dengan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, makmur dan berdaya saing.

Meor Yeop Meor Muhammad
4th Force
http://forthforce.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...