PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Wednesday, 30 September 2015

WAJIB HADIR..!!!


WARKAH UNTUK PKR


#Viralbroadcast..Please share this.

SURAT TERBUKA KEPADA PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT 

YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

YB Dato' Seri,

PAKATAN HARAPAN PKR-DAP-PAN atau PAKATAN CURANG PKR-PAS?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamu’alaikum WBT. Sesungguhnya segala puji adalah milik Allah semata-mata. Kami memanjatkan pujian kepada-Nya. Kami memohon pertolongan dan keampunan dari-Nya. Kami berlindung kepada-Nya dari kejahatan peribadi dan dari keburukan amal perbuatan kami. Orang yang mendapat petunjuk dari Allah, tiada siapa yang dapat menyesatkannya. Orang yang dibiarkan tersesat oleh Allah, tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Kami mengaku bahawasanya tiada tuhan kecuali Allah, tiada sekutu bagi-Nya; dan kami mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah.

2. Surat terbuka ini kami tulis bukan sekali-kali kerana mahu mencari perselisihan dan jauh daripada maksud permusuhan. Tetapi hanya semata-mata hendak meluahkan kegusaran hati kami terhadap suasana politik yang dilihat semakin bercelaru kebelakangan ini. Sejak krisis MB Selangor tercetus lebih setahun yang lalu, nampak keadaan semakin merimaskan dari hari ke hari di mana parti-parti pembangkang yang saling bermuafakat dalam PRU-13 telah terlibat dalam sengketa sesama sendiri hingga berlaku kemelut demi kemelut yang tidak kunjung padam.

3. Kami bukan penulis politik atau media yang mengambil kesempatan dari krisis politik sebagai bahan yang boleh diulas dan diperniagakan untuk mencari makan. Bukan! Sekali-kali bukan. Kami hanya mewakili golongan bawahan yang tidak punya apa-apa kepentingan sama sekali dalam politik kepartian. Ini adalah suara hati golongan marhein yang sayangkan negara dengan ikhlas mengharapkan suatu perubahan politik yang mampu memulihkan ekonomi negara serta mengembalikan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

4. Surat ini kami tulis dengan air mata, kesedihan dan kekecewaan mengenangkan kedurjanaan sang pemerintah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sesungguhnya air mata kami telah menitik dan mengalir ke tanah lalu hilang lenyap di dalam pasir ketika menyaksikan kezaliman yang ditimpakan ke atas DSAI. Itu adalah sebagai tanda kasih kami kepada insan yang bernama Anwar Ibrahim. Benarlah bagai dikata oleh Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dalam tahun 1998 yang mengungkapkan : ‘Seandainya rakyat Malaysia tahu bahawa mereka telah kehilangan permata negara, nescaya mereka akan menangis kesedihan’. Tentu Allah tidak akan redha dengan penganiayaan sebegini yang dihadapkan ke atas seorang manusia, apatah lagi mangsa kezaliman itu ialah seorang Muslim yang sentiasa tidak lupa untuk rukuk dan sujud kepada Allah siang dan malam. Tetapi apa yang mampu kami lakukan untuk membela DSAI? Kami hanya orang kecil. Kami bukan siapa-siapa dan kami bukan apa-apa. Kami hanya mampu memanjatkan doa semoga Allah sentiasa memelihara kesejahteraan dan keselamatan Anwar. Kami tetap menganggap DSAI adalah permata negara yang sangat berharga dan tiada galang gantinya.

5. Kaedah dalam amalan sistem politik demokrasi seperti Malaysia, walau setinggi mana pun jawatan atau pangkat seseorang dalam pentadbiran kerajaan, namun dia tetap menjadi pekerja parti. Itu adalah hakikat yang tidak boleh disangkal atau dinafikan. Sayugia diingatkan bahawa seorang ketua kerajaan itu mesti patuh dan akur kepada arahan atau keputusan pucuk pimpinan parti, bukan sebaliknya. Alasannya mudah. Parti yang mempunyai kuasa memilih menteri besar, bukannya kerajaan yang berhak melantik ketua parti. Apa yang lebih mencederakan hati kami sebagai rakyat yang hina-dina ini ialah apabila menyaksikan seorang menteri besar ditentukan oleh pihak lain atau dipilih oleh presiden parti lain! Hal itu merupakan persendaan terhadap maruah dan keintelektualan kami sebagai rakyat yang hidup di dalam negara demokrasi.

6. Kak Wan ialah Presiden PKR. Azmin Ali hanya seorang Timbalan Presiden. Telah berlaku rundingan meja bulat pada tarikh 22 September 2015. Parti-parti pembangkang dipelawa menyertai rundingan yang dipengerusikan oleh Kak Wan sendiri atas kapasiti sebagai Ketua Pembangkang dalam parlimen. Sebagai hasilnya, maka terbentuklah apa yang dinamakan sebagai Pakatan Harapan yang menggabungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Democratic Action Party (DAP), bukan semata-mata bertujuan untuk merebut kuasa dari Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO, tetapi perjuangan yang lebih utama ialah membela Anwar Ibrahim yang sedang merengkok dalam penjara kerana dizalimi dengan kejam. Saya yakin ketiga-tiga parti yang bersetuju membentuk Pakatan Harapan akur tentang perkara ini. Rakyat umum juga mengetahui akan penolakan PAS terhadap pelawaan untuk menyertai rundingan itu, sebagai isyarat bahawa PAS tidak sudi untuk bergabung dalam Pakatan Harapan. Titik.

7. Apabila disebut rundingan, maka setiap pihak yang menyertainya bebas untuk menyatakan pendapat, mengemukakan pandangan dan hujah masing-masing. Sebarang perbezaan pendapat yang berlaku dalam mesyuarat antara parti-parti politik adalah perkara biasa bahkan kalau kita pandai menanganinya tentu akan memberi rahmat kepada parti dan rakyat. Tetapi jika timbul kecurangan dan kebohongan di dalam pertukaran fikiran itu, maka perbezaan pandangan itu akan membawa kemudaratan dan menimbulkan fitnah pula. Padahal bukan itu yang kita semua kehendaki. Kata pepatah, ‘bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat’. Soalnya, kenapa rundingan meja bulat itu gagal menghasilkan keputusan yang bulat?

8. Apabila keputusan telah dimuktamadkan dan Kak Wan sendiri yang mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan selepas mesyuarat diselesaikan, kenapa Azmin Ali secara terbuka memberitahu media bahawa Pakatan Harapan yang baru dibentuk itu tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri Selangor? Bukankah itu suatu pengingkaran terhadap keputusan parti? Bukankah itu suatu penghinaan kepada AMANAH dan DAP yang turut sama mengambil bahagian dalam mesyuarat itu? Bukankah itu suatu kebiadaban yang ditunjukkan oleh seorang Timbalan Presiden terhadap PKR khususnya dan terhadap AMANAH dan DAP secara umum? Bukankah Azmin telah menunjukkan penderhakaannya terhadap Presiden PKR?

9. Kenapa Azmin terang-terang menolak keputusan mesyuarat yang diumumkan sendiri oleh Kak Wan? Atas dasar apa Azmin bertindak seolah-olah dia lebih berkuasa dari Kak Wan selaku Presiden PKR? Kalau mahu dibuat bandingan dari segi kedudukan, apa lebihnya Azmin daripada Kak Wan? Azmin ialah Adun Bukit Antarabangsa dan MP Gombak, tetapi Kak Wan juga Adun Kajang dan MP Permatang Pauh. Azmin Menteri Besar Selangor, tetapi Kak Wan menjawat Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Jadi perbuatan Azmin yang mengingkari keputusan mesyuarat dalam rundingan meja bulat tidak dapat dibenarkan oleh akal yang sihat. Pihak disiplin dan tatatertib parti seharusnya lebih tegas mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Azmin Ali.

10. Apabila PAS memutuskan hubungan dengan DAP, itu bermakna Pakatan Rakyat telah musnah. Pengumuman tentang penubuhan Pakatan Harapan lebih mengesahkan lagi kematian Pakatan Rakyat, malahan Kak Wan sendiri yang mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak lagi berfungsi. Lalu DAP mengumumkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang ialah kerajaan Pakatan Harapan. Tetapi kenapa Azmin yang hanya memegang jawatan Timbalan Presiden PKR dan turut hadir dalam rundingan meja bulat itu telah menyatakan secara terbuka selepas mesyuarat bahawa Pakatan Harapan tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri Selangor? Setelah PAS dengan terang dan nyata telah menolak untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan melalui tindakannya yang tidak mahu menyertai rundingan dan melalui kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin tertinggi PAS yang mengutuk dan mencerca AMANAH dan DAP, kenapa Azmin dengan angkuhnya menegaskan bahawa Adun PAS masih merupakan sebahagian dari kerajaan negeri Selangor? Atas alasan apa Azmin dibenarkan untuk melanggari keputusan mesyuarat? Permainan apa yang cuba dimainkan oleh PKR, wahai Kak Wan? Keistimewaan jenis apakah yang sedang dinikmati oleh Azmin hingga dia tidak perlu patuh kepada ketetapan parti?

11. Bercakap memang senang, kerana lidah tidak bertulang. Tetapi bila 
Azmin masih mahu mempertahankan kerjasama dengan PAS, sudah tentu banyak persoalan yang boleh ditimbulkan sebagai kesan dari hubungan sumbang PKR-PAS itu. Seolah-olah PKR yang baru melangsungkan perkahwinan dengan AMANAH dan DAP tetapi mengumumkan selepas pernikahan bahawa dia akan terus bersekedudukan dengan PAS! Angkara kerenah Azmin, PKR telah dilihat sebagai parti bohsia yang langsung tidak punya maruah dan kredibiliti. Jadi, bagaimana dengan kedudukan AMANAH dan DAP di sisi PKR? Sampai bila harus dibiarkan ketidakstabilan ini berterusan?

12. Kenapa PKR harus membenarkan Azmin menyanggahi keputusan mesyuarat kerana mahu terus bersekongkol dengan PAS yang tidak ada kena-mengena dengan Pakatan Harapan? Sudah tentu tindakan Azmin itu akan terus mengundang pergolakan yang tiada berkesudahan dan tanpa titik. Mahu atau tidak mahu, PKR mesti memutuskan hubungan dengan PAS untuk menoktahkan kemelut ini. Tidak ada jalan lain kecuali PKR wajib membuang PAS dan mengisytiharkan dengan segera bahawa negeri Selangor berada di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, seperti yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang. Hanya itu harapan kami.

13. Azmin Ali seorang yang berpengaruh dan telah berkuku samada di dalam PKR atau di negeri Selangor. Tetapi sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman, tentu ada juga yang beliau khilaf. Pepatah Arab ada menyebut : ‘Inna likulli faarisun kabwah’. Maksudnya, pahlawan di medan perang ada juga yang tergelincir kaki kudanya.’

14. Kalaulah Kak Wan mahu mendengar suara hati kami yang menyuarakan hasrat dan harapan rakyat marhein, yang pernah dicederakan hatinya oleh pengkhianatan PAS, maka kami merayu kepada Kak Wan selaku Presiden PKR supaya memecat PAS dari kerajaan negeri Selangor.

Terima kasih. Wassalamu’alaikum.

Abe Awang Malaya
b/p Jebonesta


SURAT TERBUKA KEPADA PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

‪#‎Viralbroadcast‬... Please share this.
SURAT TERBUKA KEPADA PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT
 
YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
YB Dato Seri,
PAKATAN HARAPAN PKR-DAP-PAN atau PAKATAN CURANG PKR-PAS?
Assalamu’alaikum WBT. Sesungguhnya segala puji adalah milik Allah semata-mata. Kami memanjatkan pujian kepada-Nya. Kami memohon pertolongan dan keampunan dari-Nya. Kami berlindung kepada-Nya dari kejahatan peribadi dan dari keburukan amal perbuatan kami. Orang yang mendapat petunjuk dari Allah, tiada siapa yang dapat menyesatkannya. Orang yang dibiarkan tersesat oleh Allah, tiada siapa yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Kami mengaku bahawasanya tiada tuhan kecuali Allah, tiada sekutu bagi-Nya; dan kami mengaku bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah.
2. Surat terbuka ini kami tulis bukan sekali-kali kerana mahu mencari perselisihan dan jauh daripada maksud permusuhan. Tetapi hanya semata-mata hendak meluahkan kegusaran hati kami terhadap suasana politik yang dilihat semakin bercelaru kebelakangan ini. Sejak krisis MB Selangor tercetus lebih setahun yang lalu, nampak keadaan semakin merimaskan dari hari ke hari di mana parti-parti pembangkang yang saling bermuafakat dalam PRU-13 telah terlibat dalam sengketa sesama sendiri hingga berlaku kemelut demi kemelut yang tidak kunjung padam.
3. Kami bukan penulis politik atau media yang mengambil kesempatan dari krisis politik sebagai bahan yang boleh diulas dan diperniagakan untuk mencari makan. Bukan! Sekali-kali bukan. Kami hanya mewakili golongan bawahan yang tidak punya apa-apa kepentingan sama sekali dalam politik kepartian. Ini adalah suara hati golongan marhein yang sayangkan negara dengan ikhlas mengharapkan suatu perubahan politik yang mampu memulihkan ekonomi negara serta mengembalikan kesejahteraan rakyat seluruhnya.
4. Surat ini kami tulis dengan air mata, kesedihan dan kekecewaan mengenangkan kedurjanaan sang pemerintah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sesungguhnya air mata kami telah menitik dan mengalir ke tanah lalu hilang lenyap di dalam pasir ketika menyaksikan kezaliman yang ditimpakan ke atas DSAI. Itu adalah sebagai tanda kasih kami kepada insan yang bernama Anwar Ibrahim. Benarlah bagai dikata oleh Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dalam tahun 1998 yang mengungkapkan : ‘Seandainya rakyat Malaysia tahu bahawa mereka telah kehilangan permata negara, nescaya mereka akan menangis kesedihan’. Tentu Allah tidak akan redha dengan penganiayaan sebegini yang dihadapkan ke atas seorang manusia, apatah lagi mangsa kezaliman itu ialah seorang Muslim yang sentiasa tidak lupa untuk rukuk dan sujud kepada Allah siang dan malam. Tetapi apa yang mampu kami lakukan untuk membela DSAI? Kami hanya orang kecil. Kami bukan siapa-siapa dan kami bukan apa-apa. Kami hanya mampu memanjatkan doa semoga Allah sentiasa memelihara kesejahteraan dan keselamatan Anwar. Kami tetap menganggap DSAI adalah permata negara yang sangat berharga dan tiada galang gantinya.
5. Kaedah dalam amalan sistem politik demokrasi seperti Malaysia, walau setinggi mana pun jawatan atau pangkat seseorang dalam pentadbiran kerajaan, namun dia tetap menjadi pekerja parti. Itu adalah hakikat yang tidak boleh disangkal atau dinafikan. Sayugia diingatkan bahawa seorang ketua kerajaan itu mesti patuh dan akur kepada arahan atau keputusan pucuk pimpinan parti, bukan sebaliknya. Alasannya mudah. Parti yang mempunyai kuasa memilih menteri besar, bukannya kerajaan yang berhak melantik ketua parti. Apa yang lebih mencederakan hati kami sebagai rakyat yang hina-dina ini ialah apabila menyaksikan seorang menteri besar ditentukan oleh pihak lain atau dipilih oleh presiden parti lain! Hal itu merupakan persendaan terhadap maruah dan keintelektualan kami sebagai rakyat yang hidup di dalam negara demokrasi.
6. Kak Wan ialah Presiden PKR. Azmin Ali hanya seorang Timbalan Presiden. Telah berlaku rundingan meja bulat pada tarikh 22 September 2015. Parti-parti pembangkang dipelawa menyertai rundingan yang dipengerusikan oleh Kak Wan sendiri atas kapasiti sebagai Ketua Pembangkang dalam parlimen. Sebagai hasilnya, maka terbentuklah apa yang dinamakan sebagai Pakatan Harapan yang menggabungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Democratic Action Party (DAP), bukan semata-mata bertujuan untuk merebut kuasa dari Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO, tetapi perjuangan yang lebih utama ialah membela Anwar Ibrahim yang sedang merengkok dalam penjara kerana dizalimi dengan kejam. Saya yakin ketiga-tiga parti yang bersetuju membentuk Pakatan Harapan akur tentang perkara ini. Rakyat umum juga mengetahui akan penolakan PAS terhadap pelawaan untuk menyertai rundingan itu, sebagai isyarat bahawa PAS tidak sudi untuk bergabung dalam Pakatan Harapan. Titik.
7. Apabila disebut rundingan, maka setiap pihak yang menyertainya bebas untuk menyatakan pendapat, mengemukakan pandangan dan hujah masing-masing. Sebarang perbezaan pendapat yang berlaku dalam mesyuarat antara parti-parti politik adalah perkara biasa bahkan kalau kita pandai menanganinya tentu akan memberi rahmat kepada parti dan rakyat. Tetapi jika timbul kecurangan dan kebohongan di dalam pertukaran fikiran itu, maka perbezaan pandangan itu akan membawa kemudaratan dan menimbulkan fitnah pula. Padahal bukan itu yang kita semua kehendaki. Kata pepatah, ‘bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat’. Soalnya, kenapa rundingan meja bulat itu gagal menghasilkan keputusan yang bulat?
8. Apabila keputusan telah dimuktamadkan dan Kak Wan sendiri yang mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan selepas mesyuarat diselesaikan, kenapa Azmin Ali secara terbuka memberitahu media bahawa Pakatan Harapan yang baru dibentuk itu tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri Selangor? Bukankah itu suatu pengingkaran terhadap keputusan parti? Bukankah itu suatu penghinaan kepada AMANAH dan DAP yang turut sama mengambil bahagian dalam mesyuarat itu? Bukankah itu suatu kebiadaban yang ditunjukkan oleh seorang Timbalan Presiden terhadap PKR khususnya dan terhadap AMANAH dan DAP secara umum? Bukankah Azmin telah menunjukkan penderhakaannya terhadap Presiden PKR?
9. Kenapa Azmin terang-terang menolak keputusan mesyuarat yang diumumkan sendiri oleh Kak Wan? Atas dasar apa Azmin bertindak seolah-olah dia lebih berkuasa dari Kak Wan selaku Presiden PKR? Kalau mahu dibuat bandingan dari segi kedudukan, apa lebihnya Azmin daripada Kak Wan? Azmin ialah Adun Bukit Antarabangsa dan MP Gombak, tetapi Kak Wan juga Adun Kajang dan MP Permatang Pauh. Azmin Menteri Besar Selangor, tetapi Kak Wan menjawat Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Jadi perbuatan Azmin yang mengingkari keputusan mesyuarat dalam rundingan meja bulat tidak dapat dibenarkan oleh akal yang sihat. Pihak disiplin dan tatatertib parti seharusnya lebih tegas mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Azmin Ali.
10. Apabila PAS memutuskan hubungan dengan DAP, itu bermakna Pakatan Rakyat telah musnah. Pengumuman tentang penubuhan Pakatan Harapan lebih mengesahkan lagi kematian Pakatan Rakyat, malahan Kak Wan sendiri yang mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak lagi berfungsi. Lalu DAP mengumumkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang ialah kerajaan Pakatan Harapan. Tetapi kenapa Azmin yang hanya memegang jawatan Timbalan Presiden PKR dan turut hadir dalam rundingan meja bulat itu telah menyatakan secara terbuka selepas mesyuarat bahawa Pakatan Harapan tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri Selangor? Setelah PAS dengan terang dan nyata telah menolak untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan melalui tindakannya yang tidak mahu menyertai rundingan dan melalui kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin tertinggi PAS yang mengutuk dan mencerca AMANAH dan DAP, kenapa Azmin dengan angkuhnya menegaskan bahawa Adun PAS masih merupakan sebahagian dari kerajaan negeri Selangor? Atas alasan apa Azmin dibenarkan untuk melanggari keputusan mesyuarat? Permainan apa yang cuba dimainkan oleh PKR, wahai Kak Wan? Keistimewaan jenis apakah yang sedang dinikmati oleh Azmin hingga dia tidak perlu patuh kepada ketetapan parti?
11. Bercakap memang senang, kerana lidah tidak bertulang. Tetapi bila Azmin masih mahu mempertahankan kerjasama dengan PAS, sudah tentu banyak persoalan yang boleh ditimbulkan sebagai kesan dari hubungan sumbang PKR-PAS itu. Seolah-olah PKR yang baru melangsungkan perkahwinan dengan AMANAH dan DAP tetapi mengumumkan selepas pernikahan bahawa dia akan terus bersekedudukan dengan PAS! Angkara kerenah Azmin, PKR telah dilihat sebagai parti bohsia yang langsung tidak punya maruah dan kredibiliti. Jadi, bagaimana dengan kedudukan AMANAH dan DAP di sisi PKR? Sampai bila harus dibiarkan ketidakstabilan ini berterusan?
12. Kenapa PKR harus membenarkan Azmin menyanggahi keputusan mesyuarat kerana mahu terus bersekongkol dengan PAS yang tidak ada kena-mengena dengan Pakatan Harapan? Sudah tentu tindakan Azmin itu akan terus mengundang pergolakan yang tiada berkesudahan dan tanpa titik. Mahu atau tidak mahu, PKR mesti memutuskan hubungan dengan PAS untuk menoktahkan kemelut ini. Tidak ada jalan lain kecuali PKR wajib membuang PAS dan mengisytiharkan dengan segera bahawa negeri Selangor berada di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, seperti yang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang. Hanya itu harapan kami.
13. Azmin Ali seorang yang berpengaruh dan telah berkuku samada di dalam PKR atau di negeri Selangor. Tetapi sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman, tentu ada juga yang beliau khilaf. Pepatah Arab ada menyebut : ‘Inna likulli faarisun kabwah’. Maksudnya, pahlawan di medan perang ada juga yang tergelincir kaki kudanya.’
14. Kalaulah Kak Wan mahu mendengar suara hati kami yang menyuarakan hasrat dan harapan rakyat marhein, yang pernah dicederakan hatinya oleh pengkhianatan PAS, maka kami merayu kepada Kak Wan selaku Presiden PKR supaya memecat PAS dari kerajaan negeri Selangor. 
Terima kasih. Wassalamu’alaikum.
Abe Awang Malaya
b/p Jebonesta25

 
 

 


PAS Tidak Bersalah

PAS TAK BERSALAH

TAPI

SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI

  1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.
  2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing
  3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????
  4. Dulu merepek anjing tapi kini merepek salak Babi kat bukit pulak dlm kongres
  5. Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua
  6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.
  7. SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.

AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN USTAZ USTAZ SAMPUL.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

Sumbangan : Tanpa Nama (Anonymous)

NO CONFIDENCE VOTE

Source : http://chedet.cc/?p=1876

By : Tun Dr. Mahathir Mohamad
        Sept. 29,  2015

1. I read a report that the Speaker of Dewan Rakyat will not allow a motion of non-confidence to be tabled in the Dewan by anyone.

2. He insists that only he can decide whether such a motion can be put before the house or not.

3. The reason he says is that Parliamentary standing orders are silent on this matter. Also it had never been done before.

4. True, it had never been done before. That was because none of the previous five Prime Ministers had 2.6 billion Ringgit in their personal accounts, nor have they been involved in financial scandals and the alleged murder of anyone.

5. None of the previous Prime Ministers had dismantled the institutions investigating into the origins and whereabout of the money they had.

6. None of the previous Prime Ministers had borrowed RM42 billion at high cost to set up a development fund which became involved in shady deals.

7. None of them had invested more than one billion USD in dubious joint-venture projects with equally dubious Arab companies.

8. None of them had dissolved the joint-venture company only 6 months after formation and converted the 1MDB capital into loan with the partner they don’t think they should continue to have the joint-venture with.

9. But Najib is involved in all these. And now, other than saying the 1MDB assets are worth more than the 42 billion Ringgit borrowed, he cannot prove where the money is. The assets are actually Government land which Najib allowed 1MDB to acquire at ridiculously low prices, and then revalued 500 times more.

10. A vote of non-confidence is totally democratic. Parliament may not have any provision for it but the Constitution, the supreme law of the country clearly states that if the Prime Minister no longer commands the support of the majority of the members of Parliaments, he should resign. Article 43 (4) of the Federal Constitution states “If the Prime Minister ceases to command the confidence of the majority of the members of the House of Representatives, then, unless at his request the Yang di-Pertuan Agong dissolves Parliament, the Prime Minister shall tender the resignation of the Cabinet”.

11. So, is the Speaker trying to ignore the constitution?

12. Today, if you go abroad, foreigners, especially their press will ask, “Hey, what is happening to your country?” You will feel ashamed, but you can do nothing about it. The people who can do something are totally without shame. They openly admit to having received money by the millions from the Prime Minister. This is corruption at its worst. They support the PM because he gave them money, money which he cannot explain with any credibility that he obtained legally.

13. No wonder Malaysia is now listed as among the top of the corrupt countries of the world. And now the supporters of the Government do not even respect the Constitution.

14. No vote of non-confidence because the speaker will not allow it.
........................................................................................................................................................................................................

*My Comments : Vote of No Confidence (VoNC) -

1. Tun M seems to be more confident and trying to give some hint to the MPs of both       divide.
2. They might have the numbers
3. TSMY will be the next PM should VoNC succeded on Oct. 2015
4. Did he reconciled with DSAI to get the VonC done? We leave this to the readers to       speculate.

TAPAI




NAJIB

Sumber dari : http://chedet.cc/?p=1872

Oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
25 Sept. 2015

VERSI BM
1. Saya telah bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia.

2. Tetapi sekarang saya mahu dia disingkirkan, meletak jawatan daripada menjadi Perdana Menteri.

3. Ia bukan hal peribadi.

4. Ia adalah kerana dia telah gagal teruk sebagai Perdana Menteri.

5. Daripada awal lagi saya perhatikan perkara-perkara salah yang dia lakukan.

6. Kita telah merdeka semenjak 1957. Kita sepatutnya dapat mentadbir negara kita sendiri. Sesungguhnya kita telah pun berbuat demikian selama beberapa dekad sebelum Najib, dan kita telah melakukannya dengan cemerlang.
7. Tetapi Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya.

8. Najib telah melantik ramai perunding asing untuk menasihatinya bagaimana mentadbir negara.

9. Orang-orang ini melibatkan kos berbilion-bilion ringgit tetapi nasihat mereka secara amnya tidak baik untuk negara ini. Mereka tidak tahu apa-apa tentang politik, ekonomi dan sensitivi Malaysia. Akibatnya pembangunan Malaysia lembab dan bangsa-bangsa berada dalam keadaan menentang satu sama lain.

10. Kerajaan di bawah pimpinan Najib menjadi sangat tidak popular. Walaupun memberi banyak wang kepada rakyat, mereka menolak beliau dalam Pilihan Raya 2013. Prestasi beliau lebih buruk daripada Abdullah, yang juga telah ditolak oleh rakyat. Orang Cina menolaknya sama sekali walaupun beliau mengisytiharkan dirinya sebagai saudara mereka.

11. Dia menimbulkan kemarahan kakitangan awam dengan menubuhkan Pemandu untuk mengambil alih tugas EPU. Kakitangan Pemandu yang bukannya pegawai Kerajaan telah dibayar gaji yang tinggi, jauh lebih tinggi mengatasi Skim Gaji Kerajaan. Begitu marah, sebilangan pejawat awam sebaik sahaja bersara mereka telah menyertai parti pembangkang dan bertanding sebagai calon pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

12. Pertumbuhan ekonomi jatuh di bawah paras pertumbuhan ekonomi Filipina dan Indonesia.

13. Mata wang telah susut dan harga saham susut dengan teruk mengakibatkan masalah untuk perniagaan, pengimport dan pengeksport. Kos sara hidup meningkat terutama selepas GST.

14. Kemudian datangnya pula skandal 1MDB. Suatu dana yang sama sekali tidak perlu telah diwujudkan yang akan dibiayai oleh pinjaman yang besar. Kerajaan telah memberi satu juta Ringgit sebagai modal tetapi 1MDB (1Malaysia Development Berhad) telah meminjam 42 bilion Ringgit daripada pasaran. Ia membayar faedah yang tinggi sebanyak 5.9% dan memberikan komisen 10% kepada Goldman Sachs. Kerajaan tidak pernah meminjam begitu banyak atau membayar kadar yang begitu tinggi itu.

15. 1MDB membeli loji kuasa elektrik pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Ia juga membeli/mengambilalih hutang piutang syarikat-syarikat janakuasa. Jumlah kos adalah 18 bilion Ringgit. 1MDB kehilangan begitu banyak wang sehingga ia tidak boleh membayar faedah ke atas pinjaman.

16. 1MDB membeli tanah Kerajaan pada 60 Ringgit kaki persegi sedangkan harga sebenarnya adalah lebih daripada RM3,000 kaki persegi. Dengan menilai semula tanah itu sebanyak 50 kali ganda, ia mendakwa asetnya adalah lebih besar daripada hutangnya. Ini adalah seperti menjual permit import yang didapati secara percuma daripada Kerajaan.

17. Kemudian 1MDB telah menyertai perniagaan yang mencurigakan dengan Petro Saudi sebagai rakan usaha sama. Ia membayar USD1 Bilion bagi saham 40 peratus miliknya itu. Enam bulan kemudian usaha sama ini telah dibubarkan. Akan tetapi USD1 Bilion itu bersama dengan USD700 juta yang lain telah ditukar menjadi pinjaman kepada Petro Saudi. Wang ini kini telah lesap.

18. Satu-satunya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur. Lebih daripada RM20 Bilion daripada 42 Bilion ringgit itu tidak dapat dikesan atau dihitung.

19. Kemudian tiba-tiba Wall Street Journal melaporkan bahawa Najib mempunyai USD700 juta dalam akaun peribadinya di Bank Arab-Malaysia (bersamaan RM2.6 bilion pada masa itu).

20. Tidak ada PM Malaysia atau Presiden UMNO yang boleh mempunyai wang sebanyak itu. Semua sumbangan kepada UMNO biasanya diterima dan dibankkan oleh Bendahari UMNO. Semua aset diletakkan di bawah nama tiga pemegang amanah.

21. Tidak pernah dalam sejarah UMNO terdapat lebih daripada RM250 juta secara tunai. Semua aset lain adalah dalam bentuk saham, tanah dan bangunan. Presiden adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan semua sumbangan kepada Bendahari untuk perbankan. Presiden tidak pernah menyimpan wang UMNO atau wang didermakan kepada UMNO, untuk pilihan raya misalnya, di dalam akaun peribadinya. Tiada peruntukan untuk akaun UMNO dikendalikan oleh Presiden.

22. Najib dan isterinya terkenal dengan gaya hidup yang mewah. Jelas sekali jutaan telah dibelanjakan untuk pertunangan dan pelbagai majlis perkahwinan di Malaysia dan Kazakhstan. Anak tiri Najib membelanjakan ratusan juta dolar membeli hartanah di London, New York dan California. Beliau juga membiayai pembikinan filem Hollywood, “The Wolf of Wall Street” dengan perbelanjaan melebihi USD100 juta.

23. Dengan gaji Najib sebagai Perdana Menteri, adalah mustahil baginya untuk membelanjakan jutaan ringgit bagi semua ini. Ada satu kenyataan oleh PMO yang mendakwa bahawa wang bagi harta-harta luar negara dan filem itu telah diwarisi. Adalah mustahil bagi Tun Razak, atau Haji Noah atau bapa Rosmah untuk memiliki dan mewariskan ratusan juta Ringgit. Malah mereka tidak dikenali sebagai jutawan pun. Adik beradik Najib menafikan dakwaan itu.

24. Jadi dari mana datangnya wang itu? Najib mendakwa 2.6 bilion Ringgit itu telah didermakan kepadanya oleh seorang Arab. Ini tidak masuk akal. Tiada siapa yang pernah memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa. Dan Najib tidak dapat membuktikan bahawa orang Arab itu telah memberinya wang.

25. Dan dengan itu sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara telah ditubuhkan untuk menyiasat punca RM2.6 bilion berada dalam akaun peribadi Najib di Bank Arab-Malaysia.

26. Jawatankuasa Kira-Kira Dewan Rakyat juga sedang menyiasat apa yang berlaku kepada RM 42 bilion Ringgit yang dipinjam oleh 1MDB. Begitu juga Ketua Audit Negara.

27. Tiba-tiba Najib memecat Peguam Negara dengan mendakwa dia sakit. Peguam Negara menafikan beliau sakit. Tidak ada sijil oleh doktor membuktikan dia sakit. Najib tidak mempunyai hak untuk mendakwa bahawa Peguam Negara sedang sakit.

28. Pada masa yang sama, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dikatakan telah pergi bercuti. Gabenor Bank Negara membisu. Kemudian dia menyatakan dia takut ditangkap.

29. Dua daripada ahli-ahli Kerajaan PAC dilantik Timbalan Menteri dan dua lagi diberi pekerjaan lain. Mereka tidak dapat meneruskan kerja-kerja mereka sebagai ahli PAC. PAC adalah tanpa seorang Pengerusi dan siasatan 1MDB telah berhenti.

30. Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah ditangkap, dibebaskan dan dipindahkan ke Pejabat Perdana Menteri. Selepas komplen dibuat mereka telah dipindahkan semula ke Suruhanjaya.

31. Penolong Ketua Cawangan Khas telah dipindahkan keluar. Beliau kemudian membuat kenyataan yang keras terhadap pemindahannya.

32. Orang yang bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion ringgit dalam akaun Najib, atau melaporkan mengenainya telah ditangkap, pasport mereka dirampas dan diancam oleh polis dengan soal siasat. Ianya seolah-olah sebarang soalan mengenai 1MDB dan Najib 2.6 bilion merupakan tindakan untuk melemahkan demokrasi dan menjatuhkan Kerajaan yang dipilih dengan betul. Orang boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan di bawah undang-undang baru yang bertujuan untuk mencegah tindakan keganasan. Bercakap tentang 1MDB dan RM2.6 bilion kepunyaan Najib seolah-olah merupakan tindakan keganasan. Najib lupa bahawa beliau sendiri terlibat dalam penyingkiran pemimpin terdahulu yang juga dipilih secara demokrasi.

33. Kemudian datangnya sesuatu yang menggemparkan. Al Jazeera menayangkan kisah pembunuhan gadis Mongolia Altantuya. Adalah jelas daripada kisah itu bahawa Najib mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.

34. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu mempercayainya. Tetapi orang di seluruh dunia mempercayai cerita itu. Ia telah menjadi satu skandal antarabangsa. Ia telah memalukan Malaysia. Di mana-mana sahaja sesiapa pergi, ada yang bertanya, “Apa yang telah berlaku kepada Malaysia”.

35. Di antara 1MDB, 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadi Najib dan pembunuhan Altantuya, nama baik Malaysia benar-benar rosak. Tidak pernah sebelum ini, Malaysia menjadi begitu hina oleh Perdana Menterinya sendiri. Tidak pernah orang memandang rendah negara ini. Tidak pernah sebelum ini rakyat Malaysia begitu malu dengan negara mereka.

36. Najib telah membayar orang untuk menunjuk perasaan di jalan-jalan untuk menyokong beliau. Dengan sewenangnya beliau juga mengharamkan usaha orang-orang tunjuk perasaan bagi memecatnya.

37. Untuk mata wang dan ekonomi pulih, Najib mesti berhenti menjadi Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia mesti menuntut penyingkiran Najib. Ianya sesuatu yang amat demokratik untuk menuntut penyingkiran beliau. Tindakan yang diambil beliau untuk menahan seseorang untuk mengadakan perhimpunan untuk menuntut penyingkiran beliau adalah apa yang tidak demokratik dan bercanggah dengan undang-undang negara ini.

38. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk menuntut Najib membenarkan siasatan terhadapnya yang akan dijalankan oleh orang-orang bebas yang tidak dilantik olehnya. Najib mesti membenarkan proses undang-undang berjalan. Jika didapati bahawa dia telah melakukan kesalahan dia perlu didesak untuk
meletakkan jawatan.

39. Hanya dengan pengundurannya sebagai Perdana Menteri Malaysia barulah ekonomi akan pulih, nilai ringgit akan meningkat, dan kos sara hidup akan turun. Hanya selepas penyingkirannya rakyat Malaysia akan mampu berdiri semula.

DHPP Sudah Pandai Takfir

KUALA LUMPUR, Sept 28 — PAS’ non-Muslim wing denounced today the four Muslims who mounted a court challenge to stop the Islamist party president from pushing to amend Shariah law in Parliament that will enable the roll-out of the controversial Islamic penal code in Kelantan.

Balachandran GK, information chief of the PAS supporters’ wing, claimed the four men and women had “violated the covenant” made with their God, and disrespected their own religion by filing the lawsuit to stop the enforcement of a “divinely ordained Law sanctioned by Allah for the people of the world for the betterment of this world”.

“It should and must not be challenged by anyone, be they Muslims or not,” he said in a statement.

He also asserted that it was compulsory for Muslims to push for hudud and that followers of the faith who contested the law would be committing a “great sin”; he further warned them that disaster awaited them for breaking their contract with their God.

“They have booked a ticket to hell,” he said, and urged them to repent.

Balachandran then hailed the High Court judge for making the “wise decision” to allow a preliminary objection by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and four others to strike out the lawsuit filed by the hudud challengers.

In an earlier report today, national news agency Bernama named the four challengers as Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar and Hazwany Jamaluddin.

According to the Bernama report, the foursome filed their lawsuit as an originating summons on June 12 and are also seeking a court declaration that the tabling of the amendment by Abdul Hadi is a breach of the terms outlined in the “Buku Jingga” cooperative framework of the now-defunct opposition pact known as Pakatan Rakyat and comprising PAS, PKR and DAP.

Bernama also reported High Court judge Datuk Asmabi Mohamad of the appellate and special powers division allowing the preliminary objection to the lawsuit filed by the quartet against Abdul Hadi’s proposal to amend the Syariah Courts Act (Criminal Jurisdiction) 1965 at the next Dewan Rakyat sitting next month.

The court is scheduled to hear the case on October 5.

- See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/youve-booked-a-ticket-to-hell-pas-non-muslim-wing-tells-hudud-challengers#sthash.l4oFvjGp.dpuf

Tuesday, 29 September 2015

HUDUD PAS HADI..?



JaNgaN TeRbeLiaK..!
JaNgaN TeRbeLahaK..!
NaNti TeRbeRaK..!

Kita Perangi Mereka Melalui Lorong Kiri Yang Kita Bina Bersama




2015 kini, saya melihat iklim politik Malaysia dari sisi yang sama tetapi persepsi yang berbeda. Seawal 1978, semasa masih bergelar pelajar dan terlibat secara langsung dalam politik pelajar, sebelum dipaksa berehat selama dua tahun, saya hayati roh politik ketika itu sebagai wadah perjuangan dalam membantu membentuk arah tuju bangsa-negara ke-satu destinasi yang lebih luhur.

Kurang lebih 37 tahun berlalu, saya dapat merasakan iklim politik Malaysia berubah jauh lebih pantas daripada agenda pembangunan sahsiah serta minda positif rakyat Malaysia keseluruhannya.

Tamadun sesuatu bangsa negara tidak harus diukur dari sisi pembangunan material semata-mata, lebih dari itu ianya wajib disimpul-kaitkan bersama pembangunan roh kemanusiaan berpaksikan keluhuran jiwa insani yang syumul.

Dalam kontek politik Malaysia, para politikus yang dipilih melalui pilihanraya kecil atau umum menjadi samada Wakil Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri seharusnya menjadi penyambung suara rakyat. Malangnya, roh perjuangan yang mengalir dalam diri para politikus masakini tidak lagi bertanggam dengan aspirasi rakyat yang diwakilinya.

Aspirasi rakyat, inginkan kesejahteraan hidup. 
Impian wakil rakyat, inginkan kemewahan kehidupan.

Justeru, mana mungkin wakil rakyat yang mengimpikan kemewahan hidup dapat memenuhi aspirasi rakyat yang diwakilinya untuk menikmati kesejahteraan kehidupan.

Titipan saya ini tidak menjurus hanya kepada politikus di bawah payung ‪#‎UmnoBN‬ sahaja, malah ia merangkumi hampir keseluruhan politikus Malaysia masakini samada di bawah payung ‪#‎PAS‬‪#‎DAP‬‪#‎PKR‬ maupun parti baru ‪‎HarapanBaru‬ yang rata-rata mempamerkan caturan politik mengejar kuasa untuk merembat harta negara.

Perjuangan demi rakyat kini menjadi slogan menipu rakyat. Pilihanraya kini menjadi medan merebut kuasa untuk memperkayakan diri dan keluarga sendiri...

Bersandarkan kepada iklim politik masakini, saya tidak dapat menolak kebarangkaliannya suatu masa nanti, politik Malaysia bukan lagi wadah perjuangan rakyat tetapi ia menjadi landasan memusnahkan rakyat dan negara keseluruhannya.

Kotak fikir rakyat seakan dibendung dan dikepong untuk tidak berkembang agar pemimpin bisa terus-terusan berdendang merakus harta negara semahunya.

Kekadang terlintas diminda saya, apakah pilihanraya yang dikawal selia oleh SPR wajar kita akur keputusannya lagi?. Atau, kita perangi mereka melalui lorong kiri yang kita bina bersama?

Mohd Sofi Yassin.
Tropicana, Damansara.
29 Sept. 2015

ADUN Mana Yang Akan Sertai Amanah?

Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.

Jebonesta Reports ada mendapat maklumat bahawa ada beberapa ADUN lagi di Pahang, Terengganu dan Kelantan yang akan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam masa terdekat ini.

Nampaknya trend ini akan menjadi penunjuk aras akan kekuatan AMANAH dalam mendapatkan sokongan rakyat dalam usaha memperbaiki keadaan politik tempatan. Kita tidak boleh menafikan bahawa rakyat (pengundi) sudah semakin muak dengan cara politik yang tidak matang seperti yang ditunjukkan oleh PAS dan UMNO. malah ada ramai juga pengundi yang kelihatannya semakin cuak dengan cara yang dibuat oleh PKR dan DAP walaupun ianya tidaklah seteruk pandangan pengundi terhadap PAS dan UMNO.

Dalam senario semasa. MCA, MIC dan Gerakan dilihat seperti hidup segan mati tak mahu. Oleh yang demikian sentiment pengundi nampaknya tidak akan memperlihatkan sokongan terhadap tiga (3) parti yang kini dianggap picisan.

Jangan pula terkejut bila melihat akan ada manusia-manusia oportunis dari MCA, MIC dan Gerakan yang akan menyertai AMANAH dalam masa-masa terdekat hampir pilihanraya demi untuk survival politik mereka. Sama ada mereka jujur dan ikhlas, para pengundi boleh membuat analisa sendiri.

Yang pasti, PAS dan UMNO sekarang ini agak tergugat dengan kelangsungan AMANAH maka sebab itulah kita dapat lihat kedua-dua parti ini agak agresif dalam menekan dan memperlekehkan AMANAH.

Monday, 28 September 2015

Strategi Menempah Maut

Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.

Nampaknya macam akan berlaku pertembungan 3 atau lebih penjuru pada PRU14 yang akan menjelang tidak lama lagi. Jika perkara ini tidak ditangani dengan baik, yang pasti akan mendapat laba yang besar atas pertembungan ini adalah UMNO/BN. Sikap besar kepala sesetengah pihak yang tidak dapat dinasihat dan diajar menjadi pemangkin kemenangan besar UMNO/BN pada PRU14.

Apa yang dapat dilihat, tindakan PAS yang telah mewarwarkan strategi mereka untuk menurunkan calon di semua kawasan yang mereka belum lagi tandingi (yang dahulunya adalah kerusi PKR, PSM dan DAP) telah menyebabkan bakal para pengundi merasa keliru. Kekeliruan ini pastinya akan menyebabkan pola pengundian akan berubah.

Pengundi yang biasanya mengundi UMNO/BN pastinya tidak akan berubah dari terus mengundi BN tambah lagi dengan kekuatan melalui kerja disebalik tabir pihak SPR yang akan memastikan BN menang. Bagi pengundi diatas pagar, mereka akan juga dipengaruhi oleh sentiment Hudud dan BR1M. Tidak dapat dinafikan lagi BR1M memang mempunyai impak yang besar didalam percaturan politik di Malaysia.

Oleh itu strategi yang dibuat oleh PAS dewasa ini nampaknya lebih menuju kepada strategi menempah maut jika tidak ditangani dengan tuntas dan cermat. AMANAH walaupun kelihatan mendapat sokongan pengundi atas pagar namun jika tidak memulakan usaha kearah untuk membentukkan sentimen pengundi, ianya adalah serupa sia-sia sahaja.

Akhir kata, orang politik kena dekat dengan rakyat bukan hanya melalui ceramah atau kuliah serta tazkirah tapi kena juga dekat dengan rakyat dari segi ekonomi dan sosial.

Dosa2 Hj Hadi kepada penyokong Pakatan Rakyat.

oleh: M S Ibrahim Al-Malbar
1. PAS melalui Haji Hadi yang terawal khianat dalam PR, DAP dan PKR tetap dengan keputusan mesyuarat majlis presiden, antara pengkhianatan Haji Hadi:- 1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am?. Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa?. Haji Hadi atau Mustafa Ali?.  
2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.
3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Pak Lah untuk bentuk kerajaan UG.
4. Isu PM, dalam mesyuarat PR PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi dalam mesyuarat PAS Pusat Mac 2013 tolak DS Anwar jadi PM dan hantar wakil memujuk Kuli untuk jadi PM.
5. Bertembung di dun Kota Damansara, tiga dun di Terengganu dan dua dun lagi PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi hari penamaan calon Haji Hadi bagi watikah khas kepada calon PAS).
6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada dewan ulamak PAS Kedah supaya tukar MB sebelum PRU-13.
7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos sudah setuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendak PAS jadi MB Selangor. Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor?. (Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga2 itu adun PAS, tetapi penggulungan muktamar 2014 cakap PAS tak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).
8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos14).
9. Mesyuarat Majlis Syuro Ulamak selepas 25 Ogos tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.
10. Haji Hadi tak bersetuju dengan cadangan supaya Y.B. Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).  
11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh umno/BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan jadi MB (nampak sangat fikrah Haji Hadi dah sama dengan fikrah umno).
12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.
13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syuro PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.
14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri ada tandatangan.  
15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN, DAP dan PKR bantah persempadanan kawasan pilihanraya.
16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi seolah-olah tidak mahu PR didaftarkan.
17. Haji Hadi arahkan Mat Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum buat apa2 keputusan (angkat sumpah pun secara tergesa-gesa).
18. Sahabat dari Kedah bekas adun bagi tahu teman Almarhom Ustaz Yahya Othman (ketika hidup) bertanya kepada sahabat teman tu "apa dah jadi kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali", arwah dah meninggal dunia agak lama juga, maknanya dah lama Haji Hadi dan Mustafa Ali meragam.
19. Haji Hadi dijanjikan (rasuah) oleh umno akan tambahkan kerusi parlimen di kawasan PAS boleh menang di negeri Kelantan dan Terengganu, sebab itu Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya, tetapi Haji Hadi tak nampak bahawa dalam masa sama umno akan tambahkan kerusi parlimen di negeri2 yang umno/BN boleh menang dengan tambahan kerusi berkali ganda dari apa yang dijanjikan kepada Haji hadi dengan itu umno/BN akan kekal berkuasa hingga kiamat.
20. PRU-13 DUN Damak,Pahang Haji Hadi secara terbuka sokong calon bebas Cikgu Kah Boon Heng sedangkan PR meletakkan calon PKR Jamaluddin Abdul Rahim.
21. Dalam mesyuarat setuju bantu PKR di Permatang Pauh, luar mesyuarat setuju PAS kawasan Permatang Pauh boikot PRK. Mengapa tiada tindakan kepada PAS kawasan Permatang Pauh yang tidak wala'?.

Sunday, 27 September 2015

BAIAH SAYA DENGAN ALLAH & RASUL SAYA TAK LANGGAR - KHALID SAMAD

"Baiah saya dengan Allah dan Rasul saya tak langgar. Iaitu terus perjuangkan Islam sehingga mencapai kemenangan. Atas sebab baiah agung ini maka baiah sampingan saya terpaksa langgar.

Baiah saya dengan pemimpin PAS saya langgar kerana dah hilang keyakinan terhadap mereka yang sekarang ini dilihat lebih merugikan perjuangan Islam dari menguntungkannya. Kalau saya terus bersama PAS sambil berkeyakinan PAS tidak lagi menguntungkan perjuangan Islam, ia bermakna saya langgar baiah saya dengan Allah.


Nasihat saya pada pimpinan PAS, lihat pada kelemahan diri sendiri yang merupakan sebab kenapa begitu ramai telah langgar baiah kepada kamu. Jangan anggap diri tiada kelemahan dan kekurangan. Itu jauh lebih positif dan bermanfaat dari menghukum ini dan itu dan memfatwa yang karut marut."

Itu komen YB Khalid Samad bagi menjawab kenyataan bekas ADUN Cikgu Din Awang Hamat, yang menyatakan "Shah Alam makin jerebu setelah langgar Bai'ah. Ini teguran daripada Allah supaya jangan khianat AMANAH Allah, dan Rasul serta Amanah Jemaah. Marilah kita munajat kepadaNya".



Jawapan YB Khalid Samad memang tepat dan padat, di mana beliau mengutamakan baiahnya kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW berbanding dengan baiah kepada pemimpin PAS yang dianggap sampingan  yang beliau lihat tindak tanduk mereka yang merugikan Islam.

DAP Dan Hudud

Tuan-tuan dan Puan-Puan semua.

DAP yang dikatakan oleh beberapa pihak sebagai kuat menghalang hudud terlaksana di Malaysia perlu mengambil tindakan drastic dan tuntas. Mereka perlu membuat dan menganjurkan satu wacana ilmiah yang membincangkan mengenai persediaan kearah perlaksanaan hudud di Malaysia.

Wacana ini pula bolehlah dikendalikan oleh moderator sama ada Dr Abdul Aziz Bari atau Dr Mazlee Malek dan ahli panel wacana pula boleh memanggil beberapa nama besar dalam keilmuan Islam dari pelbagai fikrah politik.

Wacana ini boleh menjemput Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Dr Fathul Bari, Datuk Harussani Zakaria dan Dr Ridhuan Tee Abdullah. Malah adalah lebih bagus jika wacana ini juga dapat menjemput Dr Zakir Naik sebagai salah seorang ahli panel jemputan.

Ianya boleh dibuat secara terbuka sama ada di Stadium Melawati di Shah Alam, Selangor ataupun di Stadium Putra Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung oleh Radio IKIM.FM

Sekadar cadangan dari saya untuk memperbetulkan persepsi terhadap DAP.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...