PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Showing posts with label Strategi. Show all posts
Showing posts with label Strategi. Show all posts

Sunday, 4 October 2015

Rahsia Serangan Mahathir Mohamed Terbongkar!

Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua...

Anda semua ingat Mahathir Mohamed menyerang Najib Razak kerana Mahathir Mohamed cukup bengang dengan Najib Razak. Malah anda semua ingat Najib Razak adalah seorang PM yang cukup lemah. Lebih lemah berbanding Abdullah Ahmad Badawi.

Haha, Anda tersilap.

Mahathir Mohamed adalah penyokong paling kuat Najib Razak. Tindakan yang dibuat oleh Mahathir Mohamed menghentam Najib Razak didalam media adalah satu tindakan strategis yang sebenarnya akan menaikkan lagi kekuatan kepada Najib Razak.

Dengan pengaruh media arus perdana yang majoritinya dikuasai oleh pemuka-pemuka Mahathir Mohamed, amat mudah sebenarnya untuk menaikkan lagi kekuatan kepada Najib Razak. Kita lihat semacam Mahathir Mohamed menyerang segenap segi Najib Razak, namun kita semua akan terpana apabila pada saat akhir menjalang PRU14 dimana masa itu Mahathir Mohamed akan membuat satu pergerakan drastik yang tidak disangka.

Menjelang hari terakhir sebelum proses pembuangan Undi PRU14, dijangkakan Mahathir Mohamed akan keluar di media-media arus perdana membuat satu siding akhbar yang menyatakan bahawa betapa beliau tersilap menyerang Najib Razak. Bagaimana Najib Razak adalah betul sejak dari mula. Bagaimana Mahathir Mohamed telah terpengaruh dengan pihak-pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan Najib Razak.

Dan dengan ini Mahathir Mohamed akan menyeru semua warga Malaysia untuk menyokong Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Dimana dengan "pengaruh" (kononnya) Mahathir Mohamed, nilai matawang RM akan kembali pulih sebelum detik terakhir pembuangan undi PRU14.

Rakyat tidak akan perasan bahawa permainan menjatuhkan nilai matawang ini sebenarnya dibuat oleh semua pihak yang bersekongkol dengan Mahathir Mohamed demi untuk survival BN menjelang PRU14. Mereka akan memastikan bahawa Najib Razak adalah penyelamat kepada Malaysia dan memang layak untuk memimpin Malaysia. Sokongan padu dari PAS memang amat dialu-alukan oleh perancang strategi ini.

Untuk pengetahuan semua, ada utusan dari Mahathir Mohamed yang telah dihantar bertemu dengan beberapa pimpinan PKR dan PAS untuk mengusulkan perkara ini sejak dari mula. Malah tindakan beberapa pimpinan PKR dan PAS memang mendapat restu dari Mahathir Mohamed dan Najib Razak.

Oleh itu, sila perhatikan ruangan ini.

Sekian Wabillahitaufiq

Meor Yeop Meor Muhammad
4th Force
http://forthforce.blogspot.my

Monday, 28 September 2015

Strategi Menempah Maut

Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.

Nampaknya macam akan berlaku pertembungan 3 atau lebih penjuru pada PRU14 yang akan menjelang tidak lama lagi. Jika perkara ini tidak ditangani dengan baik, yang pasti akan mendapat laba yang besar atas pertembungan ini adalah UMNO/BN. Sikap besar kepala sesetengah pihak yang tidak dapat dinasihat dan diajar menjadi pemangkin kemenangan besar UMNO/BN pada PRU14.

Apa yang dapat dilihat, tindakan PAS yang telah mewarwarkan strategi mereka untuk menurunkan calon di semua kawasan yang mereka belum lagi tandingi (yang dahulunya adalah kerusi PKR, PSM dan DAP) telah menyebabkan bakal para pengundi merasa keliru. Kekeliruan ini pastinya akan menyebabkan pola pengundian akan berubah.

Pengundi yang biasanya mengundi UMNO/BN pastinya tidak akan berubah dari terus mengundi BN tambah lagi dengan kekuatan melalui kerja disebalik tabir pihak SPR yang akan memastikan BN menang. Bagi pengundi diatas pagar, mereka akan juga dipengaruhi oleh sentiment Hudud dan BR1M. Tidak dapat dinafikan lagi BR1M memang mempunyai impak yang besar didalam percaturan politik di Malaysia.

Oleh itu strategi yang dibuat oleh PAS dewasa ini nampaknya lebih menuju kepada strategi menempah maut jika tidak ditangani dengan tuntas dan cermat. AMANAH walaupun kelihatan mendapat sokongan pengundi atas pagar namun jika tidak memulakan usaha kearah untuk membentukkan sentimen pengundi, ianya adalah serupa sia-sia sahaja.

Akhir kata, orang politik kena dekat dengan rakyat bukan hanya melalui ceramah atau kuliah serta tazkirah tapi kena juga dekat dengan rakyat dari segi ekonomi dan sosial.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...