PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Monday 19 October 2015

Usul Undi Tidak Percaya

Satu persoalan yang bermain diminda kami di 4th Force ialah siapakah yang akan menyokong usul undi tidak percaya yang katanya akan dibentangkan di dalam sidang Parlimen pada sesi kali ini yang bermula pada hari ini.

Adakah Ahli Parlimen yang akan menyokong usul undi tidak percaya ini datangnya dari blok Pakatan Harapan sepenuhnya dan ditambah dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional atau ianya juga akan dibantu oleh Ahli Parlimen PAS?

Atau mungkin Ahli Parlimen PAS akan menentang usul undi tidak percaya ini selaras dengan ketetapan yang dinyatakan oleh Presiden PAS tempohari dalam satu wawancara. Jika ini berlaku adakah kita sebagai rakyat (pengundi) dapat menilai undian ini dengan pemikiran yang waras tanpa emosi dan taksub.

Kami di 4th Force amat menyokong usul undi tidak percaya ini yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Pekan selaku Perdana Menteri Malaysia dengan menganjurkan satu perlaksanaan "Caretaker Government" dibuat dalam masa peralihan dengan diketuai oleh YDP Agong dengan nasihat dan pemantauan dari Majlis Raja-Raja Melayu.

1 comment:

  1. Aku rasa parti PKR, DAP dan PAN perlu anjurkn dlm masa terdekat di kawasan masing2 di mana2 dewan org ramai. Penyokong PH perlu turun berikan undi tak percaya secara bertulis atas satu kertas undi. MP setiap parti kena ikut keputusan tu. Barulah dikira sbg keputusan rakyat.

    Barulah mana2 MP tak berani nak buat u-turn. Kalau buat jugak, mampuslah PRU14 nanti.

    - Kamal

    ReplyDelete

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...