PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Saturday, 3 October 2015

Bahaya Bila Dapat Orang Politik Bermasalah Mental.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.

Itu hari kita dapat lihat pemimpin MIC yang bernama M. Saravanan menayangkan senjata api berupa sepucuk pistol dalam satu mesyuarat yang mana dia hadir sama. Perkra ini menjadi viral dalam Internet dan ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh M. Saravanan ini. Kita semua sedia maklum sebagai Timbalan Menteri, M. Saravanan mempunyai lesen sah senjata api, tapi ianya bukanlah lesen untuk menunjuk-nunjuk dan menayangkan senjata api dikhalayak ramai walaupun senjata api tersebut berada didalam sarungnya (holsters).

Tindakan semberono boleh menyebabkan senjata api tersebut boleh disalahgunakan dan memberikan bahaya kepada khayalak awam.

Sekadar Hiasan
Kini perkara yang sama juga berlaku dimana seorang pemimpin PAS yang bernama Abdul Fatah Haron pula dikatakan telah mengacukan senjata api berupa pistol kepada seorang awam yang tidak bersenjata. Ianya berlaku dikatakan akibat dari perseteruan dan keadaan marah diantara suspek (pemilik senjata api) dan mangsa. Walaupun tidak berlaku satu insiden yang menyebabkan kecederaan, namun tindakan semberono ini memang membahayakan.
Ianya boleh mengundang risiko kepada khalayak awam yang ada didalam mesyuarat tersebut. Tindakan sebegini boleh diklasifikasikan dibawah Kanun Keseksaan dan pelaku boleh dikenakan tindakan tarik balik lesen dan digantung lesennya jika siasatan menunjukkan ianya berlaku dengan niat.

Pada pandangan saya, inilah bahayanya bila orang politik bermasalah mental dan ditambah lagi memiliki lesen senjata api. Sebab orang politik ini terdedah dengan isu-isu yang boleh menyebabkan mereka mengambil tindakan drastik. Silap gaya ada yang boleh mati hanya kerana sikap tidak puas hati antara ahli politik.

Kita wajar mengubah undang-undang pemilikan senjata api dikalangan orang politik secepat mungkin sebelum ada nyawa yang melayang.

3 comments:

  1. Teringat kes pembunuhan Datok Talha..kat negeri sembilan....politik punya pasal

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah kah kah!!!
    Teman suka bebenor gambor ni.
    Kah ka hkah!!!

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Buat masa ni, caci maki / nesta oleh Tuang Presideng lebih tajam @ berbisa dari senjata api. Kita patut contohi ulama ini yg selalu mendendangkan zikir jebon, parasit, pelesit, iblis, biawak dsb. Ulama kan pewaris nabi (ulama macamana pewareis nabi?)...

    ReplyDelete

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...