Kami di 4th Force ada ditanya soalan ini.
Sempatkah AMANAH bertapak dalam hati para pengundi?
Pada kami ianya satu persoalan yang agak rumit untuk dijelaskan. Bukanlah tujuan kami di 4th Force ini untuk memberikan satu persepsi buruk kepada AMANAH atau menjadikan AMANAH satu bahan lelucon tetapi apa yang kami cuba lakukan adalah untuk memberikan satu sudut pandang yang lain kepada AMANAH.
Daripada pengamatan kami di 4th Force, kami dapat lihat bahawa AMANAH masih lagi terkongkong dalam ruang lingkup yang terhad dimana AMANAH memperlihatkan diri mereka sekadar satu alternatif kepada PAS.
Ini sepatutnya tidak lagi berlaku. AMANAH bukanlah saingan atau gantian kepada PAS. AMANAH sepatutnya menjadi lebih besar dari itu. AMANAH sepatutnya tidak lagi mencampuri urusan luar atau dalam PAS. Tinggalkan PAS dan persepsi yang memperlihatkan AMANAH itu adalah parti serpihan PAS.
Para pengundi rata-rata terkeliru dan serba salah sama ada untuk memilih AMANAH atau PAS. Ini sudah sepatutnya tidak lagi berlaku. PAS sekarang ini hanyalah parti picisan sahaja. Tidak releven dalam konteks Malaysia. PAS hanya layak untuk kawasan majoriti Melayu semata-mata. Itupun belum tentu PAS boleh melangkah jauh pada PRU14 dengan sendirinya tanpa bantuan parti yang lain.
AMANAH patut menjadi lebih besar. Ini kerana AMANAH disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Tapi kalau pimpinan AMANAH masih lagi tidak mahu berubah, kami di 4th Force hanya mampu mengucapkan sayonara pada PRU14. Para pengundi bukannya bodoh. Para pengundi bukannya pentaksub. Para pengundi PRU14 akan memilih calon atau parti yang boleh memberikan manfaat kepada mereka.
Meor Yeop Meor Muhammad
4th Force
http://forthforce.blogspot.com
Tu dia.... Betoi jugak.... Knapa Amanah sibuk duk lyn sindiran dan kutukan dari PAS... Amanah patut lebih baik dr itu.....
ReplyDelete