Status Ekonomi :
Sambungan isu TPPA (sila baca artikel asal terlebih dahulu)
Ada satu yang Mustapha Mohamed selindungkan berkenaan dengan TPPA adalah bahawa dalam dokumen yang "telah ditandatangani" tempohari ada satu klausa yang merujuk kepada terma berkenaan dengan kebolehniagaan syarikat asing dalam pemerolehan berkaitan Kerajaan (Awam) tanpa had dan sekatan.
Ini sebenarnya adalah satu perkara yang serius dimana jika satu masa dahulu ada syarikat asing yang ini bertapak di Malaysia mereka perlu memperuntukkan satu kuota saham bagi warga Malaysia. Ini bermaksud tiada syarikat asing yang boleh beroperasi 100% tanpa pegangan saham rakyat tempatan.
Oleh itu secara kiraan mudahnya semua syarikat ini boleh beroperasi di Malaysia tanpa mempedulikan kepentingan tempatan. Dan secara langsung mereka boleh terus menjual produk dan perkhidmatan dengan harga yang lebih murah dan secara tidak langsung menyekat peluang warga tempatan untuk mendapat peluang yang menarik.
Sektor pembuatan kita adalah yang akan menerima kesan yang paling kritikal dimana Industri Elektronik akan mengalami impak kritikal. Ini kerana kebanyakan Industri Elektronik kita hanyalah sekadar "Production" dan bukannya "Technological Design". Ini termasuklah syarikat yang berkaitan dengan Farmaseutikal yang mendapat bahana akibat dari TPPA.
Dalam video TPPA yang sedang diviralkan di merata-rata ada terdapat satu bahagian yang mengatakan kurangnya cukai impot akan dikenakan dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kantung perbendaharaan negara akan menjadi susut dan akhirnya akan ditampung oleh GST yang jelas menekan rakyat tanpa mengira status ekonomi mereka.
Setakat ini dahulu pandangan saya berkaitan TPPA. InsyaAllah dari masa ke semasa saya akan huraikan lebih lanjut.
Meor Yeop Meor Muhammad
http://forthforce.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.
1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.