PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Thursday 4 February 2016

Apakah Mahathir Mohamed Akan Berhenti?

Satu persoalan yang hangat diperkatakan di dalam forum maya ialah apakah dengan jatuhnya Mukhriz Mahathir dari kuasa Menteri Besar di Kedah, maka Mahathir Mohamed akan berhenti dari menyerang kepimpinan Najib Razak.

Dari perbincangan yang rata-rata di dikuasai sepenuhnya oleh pengomen anti BN, didapati bahawa Mahathir Mohamed tidak mungkin akan dengan mudah menyerah kalah. Tidak mungkin Najib Razak boleh menarik nafas lega atas tindakan Mukhriz Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Namun apakah strategi yang akan digunakan oleh Mahathir Mohamed masih lagi ianya tidak dapat dibaca. Umum mengetahui bahawa Mahathir Mohamed adalah seorang yang cukup berstrategi dan mendapat sokongan disebalik tabir yang agak besar sebenarnya. Rata-rata yang menyokong Najib Razak kini hanyalah dikalangan pemakan dedak mereka sahaja.

Malah ada beberapa blogger dan facebooker yang selama ini kuat menentang Najib Razak nampaknya telah beralih arah dengan kembali menyokong sekuatnya hanya kerana dedak yang ditaburkan oleh Najib Razak amat mengiurkan. Kita faham dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini memang ramai blogger dan facebooker yang selama ini sombong bongkak terpaksa akur dengan kehendak alam dimana perut perlu diisi dan dapur perlu berasap.

Tidak dapat dinafikan juga terdapat beberapa blogger dan facebooker pro Mahathir Mohamed yang nampaknya semacam sudah beralih arah, tapi pada pandangan 4th Force ianya hanya sekadar "musuh dalam selimut". Untuk mendapatkan peluru yang cukup bagi Mahathir Mohamed untuk menyerang Najib Razak.

Dalam dunia industri pula nampaknya Sapura Kencana Petroleum sebenarnya sedang "membahan" Petroliam Nasional (Petronas) dalam banyak hal. Kita tengok sejauh mana Petronas yang pro Najib Razak akan bertahan dengan serangan Sapura Kencana yang pro Mahathir Mohamed.

Tunggu dan lihat. Perang belum tamat.

4th Force
http://forthforce.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...