PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Monday 22 February 2016

PANAS : Siapa Sponsor El Haraki dan TUC? (Episod 2)

Maaf kerana lambat update sambungan kepada Episod 1 iaitu isu PANAS : Siapa sponsor El Haraki dan TUC? Ianya berlaku kerana kesibukan kerja dan tugasan yang lain.

Bila kita meninjau siapa yang sebenarnya menaja seseorang dalam membuat propaganda tentunya kita tidak akan lari dari melihat dari sudut pandang jejak kewangan. Siapa yang akan mendapat laba. Siapa yang akan beroleh keberuntungan. Siapa yang mendapat banyak manfaat diatas sesuatu usaha.

Oleh yang demikian kita jangan lah terperangkap dengan mainan kononnya orang ini membiayai jentera ini, orang itu membiayai jentera ini. Kita kena melihat dari sudut yang lebih luas. Memang sekali imbas kita lihat bahawa El Haraki dan TUC ini adalah mainan pihak tertentu dari PAS. Memang ada beberapa pertuduhan yang mengaitkan El Haraki dan TUC ini dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Saya tidak mengatakan bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sekadar berlakon kononnya tidak setuju dengan tindakan El Haraki dan TUC ini. Kita semua sedia maklum bahawa kedua-dua jentera maya ini sebenarnya ada kaitan dengan Tuan Ibrahim Tuan Man sama ada secara langsung mahupun tidak.

Kita tahu kedua-dua jentera maya ini ditugaskan untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan pihak tertentu. Malah kita tahu memang ada beberapa orang pimpinan dalam PAS sebenarnya cukup kenal dan tahu semua tindakan yang dibuat oleh El Haraki dan TUC. Malah kita tahu kedua-dua jentera maya ini mendapat sokongan sepenuhnya dari beberapa pimpinan dalam PAS.

Bagaimana mereka menyisihkan beberapa orang pimpinan yang selama ini benar-benar buat kerja dalam PAS dan digantikan dengan pimpinan yang baru yang langsung tidak ada kemampuan membuat kerja malah mereka lebih utamakan kerja ceramah yang memberikan pulangan daripada membuat kerja untuk parti.

Kita tahu bagaimana beberapa agen UMNO telah berjaya menyusup dalam PAS sejak beberapa lama dulu. Malah ada yang diangkat menjadi pimpinan Kawasan mahupun Negeri. Ada beberapa pimpinan dalam PAS langsung tidak tahu bahawa mereka sendiri dipergunakan oleh UMNO melalui beberapa agen ini. Yang mereka ingat semua tindakan yang mereka buat berdasarkan pandangan dalam inner circle mereka adalah semata-mata datangnya dari akar umbi PAS, walhalnya mereka sudah dimainkan oleh agen UMNO.

Malah mereka tidak tahu bahawa mereka dipergunakan oleh UMNO sejak dari zaman Mahathir Mohamed sebagai Presiden UMNO. Amatlah kasihan kepada mereka ini yang terlalu naif. Saluran dana untuk El Haraki dan TUC ini sebenarnya datang dari UMNO melalui beberapa agen yang rapat dengan pimpinan tertentu PAS serta yang rapat dengan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kini kita dapat lihat bagaimana mereka sedang dalam usaha untuk menjatuhkan beberapa pimpinan PAS yang tidak satu kepala dengan mereka. Nasruddin Hassan at-Tantawi nampaknya sedang menjadi mangsa belasahan puak-puak ini. Dan kami tahu siapa dibelakang semua ini.

Dalam episod seterusnya kami akan ceritakan hubungkait Mahathir Mohamed dalam percaturan politik PAS. Tunggu.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...