PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Showing posts with label El Haraki. Show all posts
Showing posts with label El Haraki. Show all posts

Monday, 22 February 2016

PANAS : Siapa Sponsor El Haraki dan TUC? (Episod 2)

Maaf kerana lambat update sambungan kepada Episod 1 iaitu isu PANAS : Siapa sponsor El Haraki dan TUC? Ianya berlaku kerana kesibukan kerja dan tugasan yang lain.

Bila kita meninjau siapa yang sebenarnya menaja seseorang dalam membuat propaganda tentunya kita tidak akan lari dari melihat dari sudut pandang jejak kewangan. Siapa yang akan mendapat laba. Siapa yang akan beroleh keberuntungan. Siapa yang mendapat banyak manfaat diatas sesuatu usaha.

Oleh yang demikian kita jangan lah terperangkap dengan mainan kononnya orang ini membiayai jentera ini, orang itu membiayai jentera ini. Kita kena melihat dari sudut yang lebih luas. Memang sekali imbas kita lihat bahawa El Haraki dan TUC ini adalah mainan pihak tertentu dari PAS. Memang ada beberapa pertuduhan yang mengaitkan El Haraki dan TUC ini dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Saya tidak mengatakan bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sekadar berlakon kononnya tidak setuju dengan tindakan El Haraki dan TUC ini. Kita semua sedia maklum bahawa kedua-dua jentera maya ini sebenarnya ada kaitan dengan Tuan Ibrahim Tuan Man sama ada secara langsung mahupun tidak.

Kita tahu kedua-dua jentera maya ini ditugaskan untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan pihak tertentu. Malah kita tahu memang ada beberapa orang pimpinan dalam PAS sebenarnya cukup kenal dan tahu semua tindakan yang dibuat oleh El Haraki dan TUC. Malah kita tahu kedua-dua jentera maya ini mendapat sokongan sepenuhnya dari beberapa pimpinan dalam PAS.

Bagaimana mereka menyisihkan beberapa orang pimpinan yang selama ini benar-benar buat kerja dalam PAS dan digantikan dengan pimpinan yang baru yang langsung tidak ada kemampuan membuat kerja malah mereka lebih utamakan kerja ceramah yang memberikan pulangan daripada membuat kerja untuk parti.

Kita tahu bagaimana beberapa agen UMNO telah berjaya menyusup dalam PAS sejak beberapa lama dulu. Malah ada yang diangkat menjadi pimpinan Kawasan mahupun Negeri. Ada beberapa pimpinan dalam PAS langsung tidak tahu bahawa mereka sendiri dipergunakan oleh UMNO melalui beberapa agen ini. Yang mereka ingat semua tindakan yang mereka buat berdasarkan pandangan dalam inner circle mereka adalah semata-mata datangnya dari akar umbi PAS, walhalnya mereka sudah dimainkan oleh agen UMNO.

Malah mereka tidak tahu bahawa mereka dipergunakan oleh UMNO sejak dari zaman Mahathir Mohamed sebagai Presiden UMNO. Amatlah kasihan kepada mereka ini yang terlalu naif. Saluran dana untuk El Haraki dan TUC ini sebenarnya datang dari UMNO melalui beberapa agen yang rapat dengan pimpinan tertentu PAS serta yang rapat dengan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kini kita dapat lihat bagaimana mereka sedang dalam usaha untuk menjatuhkan beberapa pimpinan PAS yang tidak satu kepala dengan mereka. Nasruddin Hassan at-Tantawi nampaknya sedang menjadi mangsa belasahan puak-puak ini. Dan kami tahu siapa dibelakang semua ini.

Dalam episod seterusnya kami akan ceritakan hubungkait Mahathir Mohamed dalam percaturan politik PAS. Tunggu.

Sunday, 14 February 2016

PANAS : Siapa Sponsor El Haraki dan TUC? (Episod 1)

Sekali pandang kita digambarkan bahawa El Haraki dan TUC adalah pemuka yang taksub PAS. Sekali pandang kita digambarkan bahawa El Haraki dan TUC adalah ahli PAS yang pro Hadi Awang. Sekali pandang kita digambarkan bahawa El Haraki dan TUC menulis atas sebab ingin memberikan pencerahan. Sekali pandang kita digambarkan bahawa El Haraki dan TUC tidak dibiayai oleh pihak-pihak berkepentingan.

Tapi anda jangan silap...

Artikel ini saya tulis bukan hanya menyorot kepada El Haraki dan TUC semata-mata tetapi saya juga sebenarnya menulis tentang beberapa orang yang namanya saya rasa tak perlulah saya tuliskan disini. Anda, Ya Anda. Anda dalam pemerhatian.

Selepas PAS menubuhkan unit khas yang mempunyai dua keahlian parti dan diarahkan masuk menyelinap dalam UMNO pada sekitar tahun 80'an. PAS mendapat banyak manfaat dari maklumat unit khas ini. Unit khas ini diujudkan dengan mengambil ahli-ahli yang telah disaring sebaiknya dan mempunyai jatidiri yang baik. Cukup lama ianya beroperasi tanpa mendapat perhatian masyarakat dan ahli PAS sendiri. Tiada ahli PAS yang tahu operasi ini melainkan yang berada dalam "inner circle" kepimpinan atasan (yang tertentu sahaja).

Pada hujung 90'an selepas Anwar Ibrahim dianiaya, ramai orang yang ternama masuk menyelinap dalam PAS. Masa ini PAS telah memenangi Kelantan dan membentuk Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Nik Aziz. Antara yang menyelinap masuk PAS dan menonjolkan diri mereka dalam PAS adalah Hassan Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Walau pun Tuan Ibrahim Tuan Man sebelumnya dikatakan Ahli PAS, namun dia tidak menonjolkan dirinya atas sebab dia masih lagi menjawat jawatan di ITM.

Pada Pilihanraya tahun 1999, PAS yang mempunyai infrastruktur politik yang agak lengkap telah diarahkan untuk membantu Keadilan (Pra PKR) dalam pilihanraya. Mana ini ada beberapa pihak dalam PAS yang tidak puas hati lalu membentuk satu kumpulan penentang kepada arahan ini. Antara mereka yang terlibat adalah ahli-ahli yang baru menyelinap masuk dalam PAS.

Mereka ini tanpa disedari telah membentuk satu kumpulan yang agak kuat yang berjalan disebalik tabir. Tiada siapa yang menyedari siapa yang memberikan bantuan dana kepada pihak ini. Pihak ini agak cekap untuk menghilangkan "money trail" mereka. Mereka telah membentuk satu kumpulan yang anti kepada Fadhil Noor. Mereka telah berjaya menyakinkan Hadi Awang bahawa mereka berada dibelakangnya dan menyokong setiap tindakan Hadi Awang. Ingat, mereka inilah yang pada satu masa telah berjumpa dengan blogger pro BN untuk satu sesi taklimat.

Salah satu dari agenda team ini adalah membentuk satu unit gerak saraf yang "pro kepimpinan Hadi Awang" yang kini kita kenali sebagai Walaun HardCore. Pembentukan ini pada asalnya konon sebagai team risikan untuk Parti PAS, tetapi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS. Mereka juga mengujudkan anggota hantu yang akan memaparkan maklumat bagi menjatuhkan pimpinan yang bukan dalam team mereka. Malah bila ada kelihatan pimpinan yang tidak kompeten, mereka akan jaja fitnah untuk menjatuhkannya. Mereka menggunakan media sosial dengan pelbagai profil yang identiti meragukan.

Yang lagi melucukan, fitnah yang team ini jaja juga diangkat menjadi modal oleh kumpulan anti Hadi Awang tanpa diselidiki dengan lebih mendalam. Memang agak kelakar. Maaf saya tidak mahu nak tunjuk atau dedahkan fitnah yang mana satu. Anda kajilah sendiri. Kalau anda rajin membaca dalam FB atau Blog anda pasti akan dapat mengenali fitnah yang mana satu.

Opps. saya lari agak jauh meleret dari tajuk Siapa Sponsor El Haraki dan TUC. Maaf ye. Yang itu saya akan jawab dalam artikel selepas ini. Ini kerana artikel ini sudah menjadi terlalu panjang dan membosankan.


4th Force
http://forthforce.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...