PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Showing posts with label 1MDB. Show all posts
Showing posts with label 1MDB. Show all posts

Saturday, 10 October 2015

Jangan Pandang Remeh

Kami di 4th Force menasihatkan semua pihak termasuk kami sendiri supaya tidak memandang remeh akan gerak kerja kumpulan Blogger dan Facebooker BN dibawah pimpinan Johari Ishak yang telah bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia (Najib Razak) semalam.

Ini kerana kami tahu dengan segala macam sumber yang ada dan disediakan kepada mereka, sudah pastinya mereka akan membuat serangan besar-besaran bagi menangkis dan memberikan persepsi baru terhadap isu-isu berkaitan dengan TPPA dan 1MDB. Ini terbukti apabila hari ini semua ahli cybertrooper yang terlibat telah bertungkus lumus mengemaskinikan status sama ada di Facebook mahupun di Blog.

Jadi kepada Pakatan Harapan dan semua yang lain, anda sepatutnya bersedia dengan segala fakta yang tepat lagi terkini kerana jika tidak maka sudah pastilah anda akan diketawakan dan dianggap sebagai picisan dalam peperangan siber ini.

4th Force sebagai satu media yang menyalurkan maklumat dan sumber informatif sahih lagi tepat tetap akan memantau keadaan peperangan siber ini demi untuk kepentingan warganegara Malaysia bertepatan dengan moto kami iaitu "Selamatkan Malaysia @ Save Malaysia"

Friday, 9 October 2015

Siapa Jumpa Najib Razak Di JPM Hari Ini?

Kami di 4th Force ada mendapat maklumat bahawa PM ada buat pertemuan khas sambil minum petang di Jabatan Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Agak-agak apakah perbincangan yang dibuat? Adakah ianya melibatkan "Art Of Diversion" untuk isu TPPA atau 1MDB? Siapa yang Najib Razak jumpa? Berapa ramai yang PM jumpa? Apakah agendanya? Mari kita siasat bersama.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...