PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Sunday 24 January 2016

Realiti TPPA

Status Ekonomi :

Saja nak sembang bab TPPA.

Untuk pengetahuan semua, saya "berniaga" dalam bidang teknologi maklumat. Tender awam dan swasta semua saya akan sertai jika kena pada syarat dan terma.

Jika sebelumnya bila ada satu tender awam (Kerajaan), maka biasanya ianya akan dibuka kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (ikut kelas yang ditetapkan) dan juga berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor serta berstatus bumiputera. Katakanlah dalam tender tersebut pemerolehan pekakasan adalah produk IBM (sebagai contoh), maka saya akan masuk tender tersebut pada harga yang saya dapat (mengikut deal saya dengan IBM selaku "authorized partner") dan pihak IBM tidak akan masuk bersaing dengan saya kerana IBM tidak layak dan tidak boleh masuk tender.

Tapi bila perlaksanaan TPPA dimulakan, jika ada tender sebegini syarikat saya akan masuk pada harga (yang dipersetujui dengan IBM) dan syarikat IBM sendiri juga boleh masuk tender tersebut dengan harga yang pastinya akan bersaing dengan saya (pastinya harga IBM sendiri akan lebih murah berganda).

Dan ini sebenarnya akan membunuh banyak syarikat berkaitan teknologi maklumat di Malaysia di dalam diam. Betul saya setuju ada juga kebaikan pada perlaksanaan TPPA, tapi yang pastinya banyak syarikat berstatus Bumiputera yang mungkin akan terpaksa mengecilkan operasi malah mungkin juga akan ditutup.

Perkara ini juga akan berlaku kepada PharmaNiaga dimana PharmaNiaga tidak lagi boleh membuat/memproses "generic drug" yang harganya adalah rendah.

*** Kepada rakan-rakan disebelah sana yang Pro-TPPA, saya sekadar nak bagitau anda semua yang saya dah baca dokumen terma TPPA lebih awal sebelum ianya diterbitkan dan berikan kepada anda untuk pemahaman anda. Dimana dan bagaimana saya baca dokumen itu (seawal pertengahan 2014) tak payahlah anda persoalkan.

Tunggu dan lihat sahaja bagaimana TPPA akan memberikan kesan kepada anda, syarikat atau organisasi anda bekerja dan juga bank dimana anda menyimpan wang. Tak lama pun lagi. Lagipun perjanjian ini telah pun ditandatangani dan dimuktamatkan (walaupun mereka memberitahu ianya belum ditandatangani dan dimuktamadkan)

**** Kepada sesiapa yang kenal saya (dalam ertikata sebenar) mereka tahu bahawa saya tidak "bluff" dalam perkara ini.

Meor Yeop Meor Muhammad
http://forthforce.blogspot.com/

2 comments:

  1. "Perkara ini juga akan berlaku kepada PharmaNiaga dimana PharmaNiaga tidak lagi boleh membuat/memproses "generic drug" yang harganya adalah rendah"

    Ini adalah kenyataan yang tidak benar kerana bukan semua ubat datangnya dari syarikat-syarikat AS. Ubat-ubat yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat Perancis dan Jerman tidak ada kena mengena dengan TPPA.

    ReplyDelete
  2. tak faham? yang ditimbulkan ubat2 yang diproses generic drug tidak melibatkan perancis dan german. hhuhuhu kalau bebal jgn komen buat malu

    ReplyDelete

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...