Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.
Jika anda berurusan jual tanah (sebagai contoh) dimana ianya melibatkan tanah yang dikongsi bersama adik beradik anda, adakah anda akan menandatangani perjanjian penjualan dengan pembeli tanpa berbincang dahulu dengan adik beradik anda? Adakah anda akan hanya berbincang setelah perjanjian ditandatangani? Apa perasaan adik beradik anda jika penjualan tanah tersebut sebenarnya tidak menguntungkan mereke? Tidakkah mereka akan mempertikaikan penjualan tersebut? Adakah perjanjian yang telah ditandatangani itu boleh dibatalkan tanpa anda pelu memberikan pampasan kepada pembeli?
Jika anda rasa tindakan anda menandatangani perjanjian penjualan itu terlebih dahulu sebelum berunding dengan adik beradik anda adalah satu tindakan yang betul, maka nampaknya anda seorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak paham proses undang-undang. Kalau mengikut undang-undang rimba, anda sudah pastinya dibunuh atau disumpit.
Inilah juga yang berlaku dalam kes TPPA apabila Mustapha Mohamed mengatakan bahawa perjanjian yang telah ditandatangani di Atlanta pada 5 October 2015 belum muktamad kerana ianya akan dibawa untuk dibincangkan di Parlimen.
Apa gunanya berbincang jika perjanjian telah ditandatangani. Hanya orang bodoh sahaja yang boleh percaya bahawa perjanjian ini belum muktamad kerana belum dibincangkan di Parlimen walhalnya perjanjian tersebut telah termeterai ditandatangani. Ini memperlihatkan betapa bodohnya wakil Malaysia dalam urusan TPPA ini dan sekaligus memperlihatkan bagaimana Mustapha Mohamed ingin memperbodohkan rakyat Malaysia.
Kami di "4th Force" amat menentang keras perjanjian berat sebelah TPPA yang tidak diketahui hitam putihnya dokumentasinya dimana tiada perbincangan pernah dilakukan dengan rakyat dan tiada perdebatan mengenainya di Parlimen Malaysia. Kami juga akan memastikan tiada pimpinan Pakatan Harapan yang bersekongkol dengan Barisan Nasional dalam isu TPPA ini dan jika ada, kami akan memendekkan jangka hayat politik pimpinan tersebut tanpa mengira siapa dan apa level pimpinan itu.
Ini janji kami kepada semua. Kami di "4th Force" akan menjuarai isu rakyat tanpa ada bias kepada mana-mana parti.
Meor Yeop Meor Muhammad
4th Force
http://forthforce.blogspot.com/
#ViralBroadcast
apa nak bising? skrg tanggunglah...
ReplyDeleteagensi2 yg menaikkan umnobn tu... tanggunglah kesusahan rakyat!