PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Friday 9 October 2015

Nik Amar sangka pantai barat macam Kelantan?


Tidakkah Nik Amar tahu? Di pantai barat DUN2 melayu atas 75% PAS tak menang?

Aku kopipes supaya lebih jelas;

PASIR MAS: Adakah DAP merasakan parti itu selamat di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang sehingga mendakwa tiada sebab rakyat Kelantan memberi kepercayaan kepada PAS?

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kenyataan pemimpin DAP terbabit memperlihat betapa sombong dan angkuhnya mereka.

Katanya, pemimpin parti itu langsung tidak menghormati orang lain sehingga berterusan mencampuri urusan parti lain.

“Sepatutnya DAP menjaga kerajaan Pulau Pinang sebaik mungkin daripada sibuk urusan kerajaan Kelantan,” katanya sebagai mengulas kenyataan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Pemimpin DAP ketika berucap pada majlis Makan Malam anjuran Parti Amanah Rakyat semalam mendakwa tiada sebab rakyat Kelantan menaruh kepercayaan kepada PAS bagi menerajui kerajaan negeri itu lagi.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata DAP patut melihat kemungkinan sokongan orang Melayu terhadap parti itu di Pulau Pinang juga terjejas.
Beliau ditemui pemberita hari ini selepas melawat Pondok Gelang Mas yang terbakar kelmarin.

Pada lawatan itu beliau juga menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar pondok yang terbabit dengan kebakaran.

Hadir sama Adun Tendong, Rozi Muhammad, Ketua Jajahan Tanah Merah, Dr Che Hamad Che Muda dan Mudir pondok berkenaan Tuan Guru Awang Yusof.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perhatikan tulisan yang di warna merah. Adakah Nik Amar menyangka PAS mendapat sokongan melayu tidak DAP?

Perhatikan data di bawah. Populasi kaum di DUN2 yang dimenangi PAS di Perak (Data Penang penulis tiada)

 Hanya DUN Semanggol satu2nya melayu melebihi 75% dimenangi PAS (Semanggol adalah tempat bermulanya PAS)

Kenapa DUN2 lain melayu melebihi 75% tidak dimenangi PAS?

Melayu di pantai barat tak sokong PAS la Nik Amar!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...