"Baiah saya dengan Allah dan Rasul saya tak langgar. Iaitu terus perjuangkan Islam sehingga mencapai kemenangan. Atas sebab baiah agung ini maka baiah sampingan saya terpaksa langgar.
Baiah saya dengan pemimpin PAS saya langgar kerana dah hilang keyakinan terhadap mereka yang sekarang ini dilihat lebih merugikan perjuangan Islam dari menguntungkannya. Kalau saya terus bersama PAS sambil berkeyakinan PAS tidak lagi menguntungkan perjuangan Islam, ia bermakna saya langgar baiah saya dengan Allah.
Nasihat saya pada pimpinan PAS, lihat pada kelemahan diri sendiri yang merupakan sebab kenapa begitu ramai telah langgar baiah kepada kamu. Jangan anggap diri tiada kelemahan dan kekurangan. Itu jauh lebih positif dan bermanfaat dari menghukum ini dan itu dan memfatwa yang karut marut."
Itu komen YB Khalid Samad bagi menjawab kenyataan bekas ADUN Cikgu Din Awang Hamat, yang menyatakan "Shah Alam makin jerebu setelah langgar Bai'ah. Ini teguran daripada Allah supaya jangan khianat AMANAH Allah, dan Rasul serta Amanah Jemaah. Marilah kita munajat kepadaNya".
Jawapan YB Khalid Samad memang tepat dan padat, di mana beliau mengutamakan baiahnya kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW berbanding dengan baiah kepada pemimpin PAS yang dianggap sampingan yang beliau lihat tindak tanduk mereka yang merugikan Islam.
bodohnya cik awang
ReplyDeletekelantan banjir luar biasa langgar apa pulak
masih dok perasan Allah bersama mereka dan mudah khurafat dgn perkara2 tiada kaitan
kot2 nk kaitkan pun... insafi dosa sendiri
ooo kalau khalid langgar baiah, maka turun bala jerubu
kalau pas seleweng... ok je....
pls laaaa jgn dungu